Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ini 7 ramadhan bersamaan 27/7/2012
entri terakhir yang aku tulis ramadhan 2011
ini bermakna setahun sudah aku tak tulis-tulis di blog ini
antara alasannya: Malas, tidak sempat, tidak bersemangat, tidak ada mood...
apa pun alasan...itu semua bukan sifat orang yang nak berjaya!
kerana orang yang berjaya akan sentiasa mencari peluang dan jalan,
bukannya alasan!T_T
ya Allah maafkan aku...
Oleh itu, aku cuba nak buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri aku
dan bersempena bulan Ramadhan yang best ini
aku nak berkongsi tentang
THE POWER OF RAMADHAN:
SCHOOL OF TAQWA
AL-QURAN
dalam bulan inilah alquran diturunkan kepada nabi Muhammad
melalui malaikat jibril di gua hira'
Alquran memang sangat sinonim dengan bulan puasa
Sejak aku masuk sekolah menengah berasrama
aktiviti yang lazim dibuat masa ini ialah membaca al-Quran...
membaca al-quran dilihat seperti satu perlumbaan...semoga satu perlumbaan yang baik
sebelum solat baca...lepas solat baca..masuk kelas baca...
keluar kelas baca..tunggu waktu buka baca...tunggu kawan baca...
cikgu tak masuk kelas baca...pendek kata...
keluar kelas baca..tunggu waktu buka baca...tunggu kawan baca...
cikgu tak masuk kelas baca...pendek kata...
alQuran dimana-mana!
dengan matlamat khatam 1 juzuk dalam masa 1 bulan ramadhan
memang pemandangan yang sangat mengagumkan bila mana budak yang jarang
nampak baca quran pun
nampak baca quran pun
akan selalu kelihatan berkepit dan membaca quran...
sampailah aku dah masuk uni..still pemandangan yang sama
mungkin dalam takat penghayatan yang berbeza...
Subhanallah~the power of quran in fasting month!
Semoga fenomena 'membaca alQuran dimana-mana' akan jadi pemandangan biasa walaupun
bukan dalam bulan puasa, suatu hari nanti....insyallah!
Kenapa orang berlumba-lumba membuat kebaikan?
Sebab apa? Sebab ramadhan adalah bulan 'mega sale'
bulan dimana Allah gandakn setiap pahala yang diperolehi daripada setiap kebaikan
dosa-dosa boleh dapat 'diskaun'...sehingga 100% banyaknya
bahkan ada 'bonus' yang tidak terhitung banyaknya....
PUASA, TERAWIKH, SEDEKAH, bahkan
LAILATUL QADAR...si malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
malam yang menjadi rahsia Allah, menjadi teka-teki kepada hamba-hambaNya
ganjarannya of courselah rahsia sebab tersangatlah special!!!
namun 'cabutan bertuah' tidak mengira siapa pemenangnya...
memang setiap orang ada kemungkinan untuk dapat peluang itu
tetapi yang dapat sudah tentulah hanya orang yang berusaha mendapatkannya
kalau nak dipertemukan dengan malam lailatulqadar, mestilah rajin berdoa agar dipertemukan
berusaha bangun solat malam setiap malam
barulah peluang nak dapat lebih tinggi...tak gitu?
Kenapa Allah beri ganjaran yang berlipat ganda?
Fitrah manusia sukakan ganjaran
lebih-lebih lagi gandaan dalam ganjaran
Yang mencipta sudah tentu tahu apa kelemahan dan kekuatan yang dicipta
sudah tentu Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kekuatan hamba-hambaNya
Dia tahu kita sangat lemah menahan ujian dan dugaan...melakukan banyak kesilapan
terlalai dengan tipu daya dunia..
Nah! diberikan satu bulan didalamnya 1001 nikmat yang tidak terhingga
berganda-ganda...supaya semua orang terdorong nak buat kebaikan
berganda-ganda...supaya semua orang terdorong nak buat kebaikan
Maka, persiapkanlah diri dengan bekal-bekal yang
ditapow dari RAMADHAN SCHOOL OF TAQWA
bagi menempuh 11 lagi bulan yang ujian-ujiannya lebih menggegar iman...
Insha Allah...kita boleh!
Conclusion:
Selama bulan Ramadhan berlangsung, selama itulah
cuba tahan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia
contohnya: tengok movie, dengar lagu yang tidak ada pengajaran, banyak tidur
...sebab
sebulan yang special sangat pendek dan
takkan nak sia-siakan macam tu sahaja???
cukup-cukuplah kita buat benda lagha tu 11 bulan lepas
sementara kita ada satu penghasut (nafsu)
nanti bila syaitan-syaitan dah dilepaskan, dah ada 2 golongan penghasut besar
susah dah nak jaga diri dan hati
sekarang kumpul 'bekal' dan pertajamkan segala senjata yang ada
supaya 11 bulan mendatang kita dapat 'melawan' tentera yang lebih besar dan banyak
bila kita berusaha nak jadi hamba yang lebih baik, yakinlah
Allah sentiasa ada bersama kita....
renung2kan video dari anwar hadi & aiman azlan ini
renung2kan video dari anwar hadi & aiman azlan ini
"KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPATKU LALUI DENGAN SEMPURNA=)"
wallahua'alam
=ALIFF1001=