Monday, 8 February 2016

Kisah dalam train

Bismillah & Assalamualaikum :)

Pernah tak masa dalam LRT, bila kita nampak penumpang foreigner (warga asing) kita akan tengok diorang dari atas kebawah? lebih-lebih lagi kalau diorang berpakaian pelik, berbahasa pelik, atau kelakuan diorang yang pelik. Aku pernah dan memang selalu aku perhatikan gelagat orang dalam train even Malaysian sendiri. Kadang-kadang tu mata tu asyik nak perhatikan foreigner tu. Perhatikan sebab diorang menarik dan aku terlalu rasa ingin tahu je. Cuba nak teka-teka diorang asal dari negara mana dan fikir-fikir gak diorang datang Malaysia buat apa. Melancong? Belajar? Jumpa sedara? Jumpa PM? dan macam-macam lagi tekaan. Apa bestnya Malaysia ni sampai diorang nak datang sini. Tapi aku tahu bukan aku je yang perhatikan diorang dalam train tu (kalau masa tu train tu ada penumpang lain selain aku dan foreigner tu) mesti ada mata-mata lain cuba curi-curi tengok diorang dan selalunya dengan pandangan pelik. 

Dan aku yakin penumpang foreigner tu rimas kita tengok diorang macam tu.

Sebab aku pernah rasa macam tu. Rasa dipandang seperti alien masa aku naik train masa pergi Shanghai tahun lepas. Rasanya bukan dalam train je, kat mana-mana pun. Tapi disebabkan dalam train tu kita akan duduk statik saling menghadap dengan penumpang-penumpang lain dalam tempoh yang lama, jadi rasanya lebih kena. Lagi-lagi hanya aku dan makcik aku kat situ pakai tudung dalam train masa itu, bertambah kepelikan diorang. Sepanjang kat dalam train masa tu memang tak tahu nak letak pandangan aku kat mana sebab banyak mata-mata tengok aku dengan pelbagai pandangan (pelik,menyampah,blur), ada juga yang bisik-bisik sesama diorang. Tak semestinya diorang cakap pasal kita orang, tapi rasa tak selesa tu memang ada. Eh, bukan rasa macam artis, sebab kalau pandangan kepada artis, confirm pandangan excited kan?Nak signnnn ;)

So, lepas daripada tu, bila aku naik train kt KL, aku dah tak perhati penumpang foreigner yang ada dalam tu. Walaupun suara anak diorang melalak dalam tu atau diorang sendiri terlampau cantik/handsome yang memang akan menarik perhatian orang, aku tetap elak pandang kat diorang apatah lagi perhati dalam tempoh yang lama. Sebab aku pernah rasa betapa tak selesanya dipandang macam alien.

Try to put yourself in others shoes in every situation, then you will be able to respect others and be respected back in return. 

-alleaf1001

Muka boring aku dalam train masa kat shanghai. :]



Sunday, 7 February 2016

It's my 25th!

Bismillah & Assalamualaikum!

Hehe..tak ada story. Tapi kita buat-buat ada story k. 
Birthday aku memang tak ada yang ingat (buat cerita sedih) kecuali orang-orang yang rapat. Jadi sesiapa yang ingat, aku sahkan dia memang rapat dengan aku. Tapi ada kemungkinan juga diorang ingat birthday aku, aku tak ingat diorang punya. Haha. Contoh, secret admirer aku. :p

Macam biasa aku memang hidekan birthday aku kat FB, dan tempat-tempat lain, sebab aku memang nak surprise hari tu. Contoh: a simple wish. Tahun lepas terus terang aku memang sensitif masa birthday aku, bff aku tak wish. Diorang tak ingat sebab first time birthday aku masa cuti dan kat rumah, eh, aku tak salahkan diorang. Sebab family aku yang kat rumah pun ada yang tak wish. Cuma konon-konon tacing sikitla. LOL. Tak matured lagi rupanya.

Tapi disebabkan tahun ni aku tak nak sedih-sedih masa birthday, aku bertekad remind kat diorang bila birthday aku dah dekat. dah tak payah hint, direct aku ingatkan. HAHA. terutama family. Aku siap request nak  picnic asalnya, tapi ayah aku malas nak pergi mana-mana lagipun nanti akak aku yang dalam hari tu susah nak ikut. Aku terus tukar plan, buat barbeque. Just a simple one!

So, akhirnya masa birthday aku semalam, aku happy! Alhamdulillah...akak aku sponsor kek skema secret recipe, dan yang lain prepare bbQ. Semua ada kat rumah, memang syok la.

kek skema, sebab dia simple dan ada nama penuh aku, tapi sedap betul kek ni, xmuak


Mak Ngah & Isya yang dah tak sabar nak colet coklat <3
adik-adik yang anti sosial lepas dah melantak

Kesimpulannya, kita boleh pilih nak gembira :) atau sedih :( Walaupun diorang rapat tapi tak wish, tak bermakna diorang tak ingat kita kan? Mudah-mudahan kita ada dalam doanya. Semoga semakin meningkat umur semakin meningkat amalan, Amiin. TERIMA KASIH SEMUA.

-alleaf1001