Sunday 10 July 2011

Wanita dan aksesorinya

Salamun'alaik...=)

Setiap orang pasti ada wanita dalam hidupnya
tidak kiralah NENEK, EMAK, KAKAK, ADIK PEREMPUAN, 
ISTERI, ANAK PEREMPUAN,...
dan lain-lain 'jawatan' wanita dalam hubungan kekeluargaan

Memang kaum hawa ini selalu dikaitkan dengan
sifat KOMPLEKS, RUMIT, dan MELECEHKAN
Ya! Betul...tapi
itulah keistimewaan perempuan yang tak ada pada lelaki!
Fungsinya juga untuk melengkapi kaum adam 
yang berlawanan dengan sifat yang ada pada wanita iaitu:
SIMPEL, MUDAH dan TIADA CABARAN...

Oh wanita amat unik
Perhatikanlah pada penampilannya saja...

HANDBAG
tak sah kalau tak ada koleksi, pelbagai warna, dan saiznya
untuk pergi kerja lain, jalan-jalan lain, kenduri kahwin lain...
kat dalam handbag nilah biasanya...macam-macam ada~
alatan solek, segala macam kunci, kad2 surat2 bil2 penting, 
gula-gula, minyak angin cap kapal api, payung...bla3..haha
 nilah wanita yang sentiasa memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku

ALAT SOLEK
gincu, bedak, eye shadow, eyeliner, perfume, pemerah pipi, celak, 
fuh penuh muka tu calit sana-sini...pantang ada space kosong



KASUT 
tumit dengan pelbagai ketinggian dan rekaan, selipar, sandel, kasut but,
kasut Pua Chu Kang pun kalau boleh ada dalam koleksi

BAJU
baju kurung saja lain hari lain warna lain jenis kain...belum lagi set baju kasual...
seminggu dh puas pakai baju tu tempah or beli baju lain..
kalau setahun ada 364 hari
dalam almari ada 366 koleksi bajunya...lebih dua tu spare=p

TUDUNG
pelbagai fashion terkini dan warnanya...hari ini tudung wahida, esok tudung arini, 
lusa tudung ekin
tulat tudung yuna...last2 pakai tudung saji ja..

BARANG KEMAS
yang ni pun penting juga...aset di hari tua tuu
xkisahla beli kat habib jewel ke...Wah Can ke..setiap kali sale je mesti beli
gelang tangan, gelang kaki, cincin, anting-anting, rantai leher...
nasib jela rantai basikal takdak jual kat kedai emas...
klu x mesti udah disapu awal-awal dh..

Walaupun wanita tak dapat dipisahkan dengan aksesori2nya
tapi bersederhana dalam beraksesori itu amatlah perlu
bersederhana mengikut keperluan bukannya kemahuan
bahkan mesti mengikut kemampuan

kerana tanpa aksesori pun wanita itu sudah cantik!

Cantikk...memang cantik!
sebab wanita memang hiasan dunia^_^
sifat hiasan itu sendiri adalah cantik
tiada wanita dalam dunia...dunia tak berseri
tapi 
seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH

wanita yang sentiasa menghiasi dirinya dengan aksesori iman dan takwa,
wanita yang bukan sahaja mencantikan dunia...
bahkan mencantikan akhirat
sama-sama kita wahai kaum wanita
menjadi wanita solehah idaman lelaki soleh...>.<

amin.insyaallah.wallahua'alam

aliff1000