Monday, 1 August 2016

Introvert

Ruang itu sunyi
Agar minda bisa berputar
bernafas
Bibir itu berkunci
Agar jiwa bisa tenang
tenteram
Bingit itu perlu ditepis
Berlari selajunya ditinggalkan
Dunia itu perlu berjalan
Tanpa aku
Bukan bermaksud bisu
Bukan ertinya sombong 
Sekadar tidak peramah

Pada masanya
Pada tempatnya
Pada orangnya
Aku seperti biasa
Berganti bicara
Bergelak tawa
Bertukar rasa
Mungkin di satu sisi
Aku membosankan
Pada aku pula
Kau menyebalkan
Menyesakkan
Apa kau fikir tentang aku
Langsung hilang deria? 
Aku cuma menyelinap masuk
ke dunia aku
Dunia introvert

-1/8/2016-
Bilik sejuk
Alleaf1001




Friday, 1 July 2016

Yang kedua

Mungkin
Aku yang kedua
Aku yang datang selepas pertama
Mungkin
Aku pengganti
pada pertama yang sudah pergi
Mungkin aku cinta yang diperbaharui
dari pertama yang pernah menghuni
dari pertama yang masih segar mewangi
dari pertama yang tidak akan pernah luput dihati

Mungkin aku kedua,
ketiga, atau keberapa entah
Sejujurnya
Aku cumalah ingin menjadi yang terakhir


1/7/2016
Sebalik dinding
Alleaf1001

Monday, 27 June 2016

Setahun yang lalu- Shanghai I'm coming (Part 2)



Assalamualaikum...senyum dulu baru baca :)

Okay comel. So hari ini kita sambung entry yang lepas. Hari kedua berada di bumi Shanghai.

3 Julai 2015 (Jumaat)



Lebih kurang pukul 9.30am, Ms. Emily and Mr. Chen jemput kami dari hotel ke kilang, kali ini untuk finalize segala urusan sebelum balik. Segala apa yang dikomen semalam, engineer machine tu pun improve mana yang boleh dibuat overnight. Yang mana tak dapat mereka cuba buat sebelum mesin-mesin tersebut dihantar ke Malaysia. 

Perbincangan antara Mr. Ma, Emily dan para engineer mereka.
Kemudian, perbincangan terakhir kami berlaku di pejabat Mr. Ma. Yang part ini aku lemah sikit nak translate sebab banyak istilah international business yang aku xtahu contoh: Kargo/container? Shipping? Pelabuhan? Currency exchange? Mata wang? Fuhh..tak terfikir aku nak buat homework pasal ini, walaupun ada belajar tajuk international business time degree, disebabkan ia wajib disampaikan dalam bahasa MANDARIN, tak dapat juga diaplikasikan. Syukur Ms. Emily tu faham juga BI sikit, so dia banyak tolong translatekan. Masa ini Mr. Ma bertanya lagi pasal puasa. Aku pun jawab semampu aku. Kami pun ada bertukar-tukar soalan pasal keluarga masing-masing. Masa inilah aku dapat kepastian yang setiap keluarga di China cuma boleh ada seorang sahaja anak. Selalu dengar-dengar daripada orang je kan. Kalau lebih pun paling banyak 2 orang, tapi seorang lagi biasanya akan dihantar balik kampong duduk dengan atuk/nenek. Sebab sara hidup tinggi katanya. Dan Mr. Ma ada seorang anak perempuan yang lebih kurang umur aku, tunggu masa nak masuk U. Dia pun terkejut adik-beradik aku sampai 6 orang. 6 orang je pun, dia belum lagi tengok yang adik-beradik berbelas. Hehe. Dan banyak lagi yang kami borakkan, tapi tak semua aku dapat translate kat paklong dan aunty aku, mesti mereka boring dengan aku kan. Alahai, dilema juga jadi translator ni. 

Lepas habis perbincangan, dia tanya sama ada pak long aku hisap rokok atau tidak, regardless of bulan puasa. Aku jawab tak, dia tanya lagi kalau ada adik, abang, or sesiapa yang terdekat yang hisap? Pelik. Rupanya dia nak bagi souvenir, sekotak besar rokok. Jadi kebetulan aunty aku pun ada belikan souvernir dari KL untuk mereka.  So it’s time for exchanging souvenir and taking photo before disperses. Biarpun sekejap, layanan mereka sangatlah baik dan mesra. Terharu betul. Oh ya, dia ada tanya esok kami akan pergi berjalan-jalan di mana. Dia offer nak hantarkan ke sana. Syukurlah.

Kami bersama Mr. Ma.
Ok, dah berakhir cerita pasal kilang Mr. Ma. Lepas sampai di hotel pukul 1.15pm, kami sempat solat dan berehat sekejaaap saja sebelum buat lawatan ke kilang seterusnya. Pak Long aku order mesin basuh dari 2 kilang, 2/3 order dengan Mr. Ma selebihnya dengan Mrs. Lina. Lebih kurang pukul 3, Lina (wakil dari kilang yang ke-2) bersama suaminya Michael (kerja di kilang yang sama) menjemput kami ke kilang mereka. Masih dalam kawasan yang sama dengan kilang Mr. Ma. Kilang yang ke-2 ini aku perhatikan lebih gah dan sistematik. Mungkin sebab lebih banyak pengalaman dan kepakaran. Kat sini pak long aku tak banyak komen dan tak perlukan khidmat aku pun sebenarnya. Sebab Lina fasih berbahasa Inggeris, so pak long aku yang banyak borak dengan dia, aku cuma datang tengok-tengok je. Luas kilang dia, ada showroom lagi tu. Pelbagai jenis mesin basuh dan iron ada dipamerkan. Kami pun tak lama kat situ, sejam lebih je. Sempat juga ke pejabat mereka dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Awal-awal tu pak long aku kata aku ada hajat nak sambung belajar kat China, seronok Lina dengar. Jadi sebelum bersurai, dia jemput aku melawat dia kalau jadi belajar situ, peramah betul. Terharu lagi aku. Sekejap jumpa pun macam dah lama jumpa. 
Perbincangan bersama Lina

Kami dan Lina bergambar sebelum bersurai
4.45pm Michael hantarkan kami ke hotel semula. Michael sahaja, tanpa Lina. So pak long suruh aku duduk depan borak dengan Michael. Lama juga krik krik sebelum aku kumpul modal, buka mulut beramah mesra dengan Michael. Disebabkan jalan raya time tu jem (sama macam di Malaysia, pukul 5 orang office habis kerja), makin lamalah kami bersembang. Mula-mula memang kekok, tapi tak sangka peramah juga dia, dia puji mandarin aku lebih fasih daripada sebahagian orang China kat kawasan lain, maka semakin konfidenlah aku berkata-kata. Yelah. Walaupun lain daerah/bahagian ada lain dialek, Mandarin kan bahasa rasmi mereka. Aku ingat orang Shanghai tak guna sangat Mandarin. Aku beritahu dia sebelum datang ke Shanghai aku ada buat homework dari internet belajar dialek Shanghainese (Hu) tapi susah nak belajar/faham sebab banyak beza dengan mandarin. Tapi dia kata dialek tu orang-orang kampung je banyak pakai. Orang luar macam dia (dari negeri lain) pun tak faham dialek tu. Kebanyakan tempat pun gitu, jadi aku pun legalah. Dengan Mandarin saja pun InsyaAllah boleh survive kat China. Dia cerita juga masa dia U dulu, dia ada kawan Muslim. Dia ada join sambutan hari raya yang mereka sambut. Kiranya dia ada pengetahuan sikitlah pasal Muslim ni termasuklah bab puasa berbanding Mr. Ma. Banyak yang dia cerita tapi antara ingat tak ingat dah. Baik sangatlah mereka ni, aku doakan suatu hari nanti mereka diberi kesempatan untuk dapat hidayah dari Allah. Mudah-mudahan. Siapa tahu kan.

Ok. Lepas sampai di hotel, kami rehat-rehat kejap sampai tertidur. Masa buka, kami buka dan solat di hotel dulu. Pukul 8 malam baru keluar cari teksi untuk ke YuXiu Lu (育秀路), lorong semalam, tapi macam ada nampak tempat makan halal yang lain, jadi kami ingat nak ke situ. Masa nak cakap dengan teksi tu, mungkin Yu Xiu Road tu panjang, jadi dia tahulah nak dropkan yang belah mana. Tapi syukur masa tu aku teringat aku ada snap gambar signboard jalan tu masa streetwalking semalam, terus aku buka phone tunjuk kat dia gambar tu. Dan Yes! Driver tu terus faham dan bawa kami ke sana. Alhamdulillah. Siapa tahu gambar yang aku snap sesaja tu, tapi sebenarnya ada hikmah. Jadi pengajaran, kat pergi negara orang snaplah gambar banyak-banyak walaupun cumalah signboard semata, siapa tahu dalam kes sesat atau kecurian, ia sangat membantu dan boleh dijadikan bukti yang sangat berguna. 

Inilah gambar sign board --yang berhikmah tu.
Lepas drop dari teksi, kami ke restoran yang semalam kami nampak ada tanda ‘halal’ (清真; qing zhen) tu. Tapi dari luar aku tergamam, tengok botol-botol arak (botol kaca warna hijau) kat atas meja pelanggan. Banyak sangat sampai tak cukup atas meja bersusun lagi dalam besen di bawah meja. Nak berbaik sangka pun macam tak boleh dah. Kalau bukan botol arak botol apa lagi? Takkan cuma minuman bergas kan(macam botol oren bodo kat Malaysia tu)? Lama juga aku cuba berbaik sangka. Mula-mula kami masuk juga dalam kedai tu. Tapi kebersihan pun tak dijaganya, senang cakap aku masuk dan tengok sekeliling kedai, rasa geli. Riak muka aku memang ketara sangat, mungkin pak long aku perasan. Aku sahkan dengan bertanya dengan mak cik kedai tu, dia pelik tengok kami, pelik tengok aku speaking mandarin dan dia jawab halal tapi cara jawab pun macam tak meyakinkan. Dia tunjukkan menu, dan aku memang perasan ada menu arak. Tapi..hmm. Pak long suruh aku order nasi, yelah untuk berbuka dan berpuasa di esok hari kena ada sumber karbohidrat yang cukup. Tapi dia tak ada menu nasi kalau tak silap aku. Disebabkan penuh dengan pelanggan, aku ajak duduk meja kat luar. Kat luar tu, kami berbincang menu yang nak diorder. Kami bincang, cukuplah kalau ada nasi, lauk sikit, sayur sikit. Tapi banyak-banyak menu tu, tak banyak yang aku faham. Penat juga aku translate menu tu, ala kadar. Dan akhirnya order beberapa jenis yang mana aku rasa seakan-akan ‘lauk’. Tapi tak lama lepas tu, pak long tengok aku macam separuh hati je nak makan kat situ, dia ajak tukar tempat lain. Sebab semalam masa streetwalking ada juga ternampak kedai ‘halal’ satu lagi kat depan, dalam jalan tu juga. Setuju! Terus gembiranya aku, pergi masuk dalam kedai, cancelkan order. Fuhhh...Lega. betapa tak tenangnya aku sepanjang berada kat situ. Was-was kot.

Kedudukan kedai mi tarik dan Yu Xiu Road
Kemudian, berjalanlah kami ke kedai yang dimaksudkan itu (三江源牛肉拉). Kedai ini insyaAllah halal. Sebab owner dan kerabatnya muslim, pakai tudung dan kopiah. Yang pakai kopiah tu pun macam balik dari solat terawih je gayanya. Mudah-mudahanlah. Kedai pun bersih, tak ada botol arak dan tak ada pelanggan pun. Kedai ini basically serve mi tarik sebagai main dishes. Tapi pak long aku tadi kan nak makan nasi, so orderlah nasi putih, daging blackpaper dan sup sikit. Sedaaap! Ke atau sebab aku lapar? Haha. Untuk sahur, pak long suruh aku order mi tarik, take away. Nampak sendiri dia lempar-lempar tepung kat dapur nak buat mi tarik tu, aku siap rakam. Tapi aku segan merakam dia pun segan kena rakam. Pelik juga aku kat sini ni, tak ada air dalam menu. Ah sudah. Tercekiklah kami sepanjang makan tu. 
Akhirnya kami berbuka di kedai Halal mi tarik ini.
 
Masing-masing tunjuk muka dah lama tak nampak nasi. Tu yang tercekik tu.

Haah. Aku tak reti makan pakai chopstick.

Belanja selpie boleh kan

Lepas makan, lekas-lekas pergi tesco yang semalam kami pergi tu untuk beli air mineral. Aku dengan aunty je masuk, pak long tunggu luar. Tapi aunty aku tu suka minum kopi, jadi dia cari jugalah kopi 3 in 1 yang dia boleh bancuh kat bilik nanti. Nak beli benda lain pun, tak adanya ada logo halal. Dalam masa nak bayar tu, semua kaunter panjaang barisannya. So aku dan aunty beratur pisah kaunter. Aku pegang air mineral, aunty aku pegang kopi. Kalau-kalau aku dapat bayar dulu, dia boleh datang ketempat aku, aku bayarkan sekali. Macam tu juga sebaliknya. So dalam-dalam aku beratur tu, ada seorang makcik cina ni suara punyalah lantang cakap bahasa yang aku tak paham dengan makcik-makcik lain kat situ (gaya macam mengumpat aku sebab dia pandang aku atas bawah). Bawak troli sarat dengan barang. Lepastu, sedap-sedap dia masuk depan aku untuk beratur. Aku pun PANAS. Bukan sebab apalah, kalau setakat dia pegang sebiji dua barang oklah lagi. Ini dahlah potong barisan, barang segunung, aku yang penyabar ni pun jadi tak sabar (anggaplah aku seorang yang penyabar… haha!). Aku pun cakap dengan sopan kat makcik tu “boleh tak saya beratur depan?” dengan selamba aku jalan masuk depan dia. Aku malaslah nak cakap yang dia dah potong barisan aku sebenarnya.  Dia terkejut aku speaking mandarin dengan dia. Atau terkejut aku potong barisan dia? Haha. Yang penting dia terkejut, dan cakap “bolehlah, kau pun nak bayar sikit je” sambil tengok air mineral yang aku pegang. Aku senyum je. Dalam hati: “aik, macam tak mengaku je kau yang potong barisan?”. Lepas tu dia mulalah interview aku. 

Makcik : “Dari mana?” “macam mana boleh pandai cakap cina?”. 

Aku: “saya dari Malaysia, datang sebab sambung belajar kat sini, sebab tu saya reti cakap cina.” (Tanpa fikir panjang, aku kelentong dia. Kalau jujur karang, gerenti lagi panjang persoalannya nanti.)

Makcik: “Oh..kat Universiti *** tu ye? Dah tahun berapa?” (aku pun tak dapat tangkap sangat nama U tu, tapi aku percaya U dekat-dekat situ juga. )

Aku :“Ya, universiti ***” (aku ulang balik nama U tu.) “Tahun akhir. Dah nak habis dah. Mak cik pernah ke Malaysia?”

Sambil tu aku bagi signal kat aunty aku supaya datang ketempat aku, sebab giliran aku bayar dah nak sampai, dia punya ada lagi beberapa orang lagi.

Makcik: “oh tak pernah. Macam mana sana? kamu tak balik ke?” (dia maksudkan tak cuti semester? tak balik Malaysia ke?)

Aku: “cuti tapi mak saya datang sini melawat saya, (sambil tunjuk aunty aku yang tengah datang kearah aku) jadi tak baliklah. Kat sana panas, bila saya datang sini sejuk betul, tu yang saya pakai sweater tu” (sebab aku tengok dia macam pelik aku pakai sweater)

Makcik: “oh yeke, oh ni mak kamu…, kamu belajar apa kat U?”

Ah sudah. Apa pulak aku nak temberang ni. Kot lah kat U tu tak ada kos yang aku nak temberangkan.

Makcik: “kos *** ye” sambung makcik tu.

Aku: “Ha.. betul!” (sambil hati dah kecut. Haha. Makcik ni buat lawak pulak. Sendiri tanya sendiri jawab. Macam tau-tau je aku tak ada jawapan. Atau dia tau aku memang tengah kelentong dia. )

Dan banyak lagi sebenarnya yang dibualkan tapi aku dah tak ingat. Yang aku ingat, aku berdoa supaya cashier tu cepat sikit buat kerja dia. Dah tak tahan aku nak melayan makcik tu lagi. Dialog diatas tu lebih kurang yang aku ingat je. Tapi sebenarnya sambil dia interview aku sambil dia ulas dengan makcik-makcik lain kat situ. Kiranya tumpuan makcik-makcik kat situ semua kat aku time tu. Nervous giloss. Tapi sempatlah juga aku pelawa makcik-makcik tu datang ke Malaysia. Fuhh…bajet peramah pulak aku nih. Sesingkat itu, tapi disebabkan mulut makcik tu macam joyah, macam-macam ditanyanya. Tapi yang bagusnya, tak terasa lama aku menunggu dalam barisan tu. Maaf makcik, saya bersalah sangat kelentong kat makcik, tapi yelah. Siapa suruh makcik potong barisan saya tadi, jadi saya rasa ada perasaan tak percaya kat makcik dan membuatkan saya rasa tak perlu jujur sangat. Haha. 

Kemudian kami pun ambil teksi, balik ke Jin Jiang Hotel. Alhamdulillah. The end of the day. 

4 Julai 2015 (Sabtu)

Pukul 2 lebih kami bangun sahur. Seperti semalam tunggu subuh, lepas solat subuh, tidur semula. Maklumlah aktiviti apa je yang dapat dibuat masa ni. Dalam pukul 7 tu kami bersiap-siap kemas barang sebab haritu kami akan check out dari Jin Jiang hotel itu, dan akan berpindah ke bandar Shanghai untuk melancong, yeay! 

Tepat pukul 9 pagi, Mr. Ma sudah terpacak diluar hotel menunggu kami. Hujan gerimis masa tu, sementara pak long dan aunty uruskan urusan check out, aku berborak dengan Mr. Ma di tepi kereta. Sambil tunjuk halaman hotel yang batu batanya rosak, Mr. Ma bagitahu jalan ni retak-retak sebab tengah ada projek buat landasan train kat bawah tanah. Ohh kata aku, sambil aku puji negara dia. Kagum kejap. Kawasan itu kira kampung lah juga. Tapi bakal ada train kot. Tak lama tu, pak long dan aunty keluar. Tidak seperti semalam, kali ini aku tak perlu duduk depan sebelah Mr. Ma. Tapi komunikasi tu memang masih kerja aku. Dalam kereta tu sempatlah bertukar id WeChat: 信息

(Info: Di China, aplikasi WeChat lebih popular berbanding Whatsapp dan mana-mana pun ada WeChat QR code untuk kemudahan mencari info tentang sesuatu perkara contoh: iklan/poster dalam train or mana-mana tempat awam, dalam tourist map dan lain-lain, kira macam website hyperlink lah ni)

Borak-borak lanjutan cerita pasal keluarga dan lain-lain lagi. Dia kata kalau kami datang lagi sini, or even nak duduk terus situ terus pun, dia offer nak sewakan rumah apartment dia kat area situ (sambil dia tunjuk kawasan apartment dia). Wow. Terberangan aku sekejap. Mungkin satu hari nanti? Hehehe. Asalnya kami ingat nak minta tolong Mr. Ma hantarkan ke stesen train (Shanghai Metro nama trainnya) yang terdekat je. Tapi disebabkan hujan, dia kasihan melihat kami dengan mengusung bagasinya yang tidak kurang berat, kebetulan dia tak ada plan apa-apa lepas tu, so dah nak hampir kat stesen tu dia teruskan perjalanan untuk hantar kami ke next hotel terus. Walaupun destinasi yang dituju berada diluar dari daerah Feng Xian (hampir 2 jam juga perjalanan ke sana), sanggup dia tolong hantar. Terharu lagi sekali.
LuPu bridge (浦大)
Tempat yang kami tuju adalah NanQiao Road, dalam daerah Huang Pu kalau tak silap. Ia adalah core city of the Shanghai. Dari Feng Xian tu kami melintasi Lupu Bridge (浦大), dari situ boleh nampak China Art Museum Shanghai dan berbagai landmark kat situ (Mr. Ma tunjuk). Dan dari situ aku terlampau sibuk or jakun tengok bangunan kiri kanan, sampailah Mr. Ma tanya hotel yang kami nak check in tu kat jalan mana. Yang aku tahu kat Niu Zhuang Lu, dalam Nan Qiao Lu. Tapi bagaimana nak ke sana aku pun tak pasti, termasuklah Mr. Ma. Mungkin search pun tak dapat (kat China tak pakai google). Alamat yang aunty aku print pulak, aku tersimpan dalam bagasi dan bagasi pula dalam bonet. Aduhai. Makanya ambil masa sikitlah. Lepas aunty cari no contact hotel tu, Mr. Ma call hotel tu tanya lokasi. Beberapa minit drive dari situ jumpalah hotel tersebut, Jin Guang Hotel: 金光洒店 (sama dengan syarikat Jin Jiang Inn juga). Kecil je hotel tu, terselit dilorong yang kecil (NiuZhuang Lu: 牛庄路). Syukur Mr. Ma cekap. Hehe. Lepas turunkan bagasi, kami sempat tangkap sekeping lagi gambar dengan Mr. Ma sebelum berpisah. Thank you very much Mr. Ma! Will never forget your kindness. 
Permandangan luar dari tingkap bilik hotel Jin Guang

Dah dapat lesson, aku snap nama jalan ni incase tak jumpa jalan balik nanti
 Setibanya di situ, kami check in dan berehat. Selesa. Cari kiblat, solat jamak. Dalam pukul 2 lebih, kami pun dengan berbag-pack mulalah meneroka apa-apa jalan yang terbentang dihadapan. Antara matlamatnya adalah The Bund. Sebab kalau ke Shanghai, tak sah kalau tak ke situ. Mula-mula jalan jumpa bermacam-macam hotel di kanan kiri lorong, gerai-gerai tepi jalan, sehinggalah jumpa satu jalan besar. 





Antara gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang streetwalking
Persimpangan jalan besar yang aku ceritakan tu

sebelah kiri ada bangunan ni

Jalan besar yang aku maksudkan (setelah tukar arah kekanan)
Besar daripada lorong yang kami sedang berada. Dan ramai sangat orang lalu lalang kat situ. Tiada kenderaan. Hanya lautan manusia. So, kami daripada jalan menegak bertukar arah kekanan (masuk jalan besar tadi tu). Meriah sungguh jalan tu. Siap ada tram tapi tak tahulah dari mana dia datang dan kemana dia pergi. Kanan kiri memang banyak bangunan tingi-tinggi. Hujan mula turun renyai-renyai. Bangunan pertama yang kami cuba masuk adalah ‘Shanghai No.1 Departmental Store’

Depan Shanghai Departmental Store. Itulah tram (kuning) yang aku maksudkan. Dan sister baju hijau tu jurujual yang jual roller yang aku ceritakan kat bawah. Dia jalan pakai roller tulah.


Kedai buku dalam departmental store

Ok. Aku jakun tengok benda ni. Macam instant growing plants lah. Bunga ada sayur-sayuran pun ada. Nak beli tapi 50-50. Last-last tak beli. Tak ingat pula berapa harganya.


Dari tingkat bawah, gigihlah kami naik sampai ke tingkat berapa entah. Tapi sekadar cuci mata sahaja. Level bawah sekali semua kedai emas, level atas kasut, sweater, buku dan bermacam-macam lagi. Purata harga tak adalah murah berbanding Malaysia, lebih kurang. Lepas round-round sekejap, tak jumpa mana yang berkenan, kami keluar dari situ. Teruskan berjalan dijalan besar tadi. Lalu di depan ‘Brilliance Shimao International Plaza’, pak long kata sebelum ini dia pernah makan kat restoran halal dalam bangunan tu. 

Ok. Tram tu mungkin berasal dari bangunan m&m belakang tu. Jurujual ni pula sedang mempromote burung layang-layang yang dipegang tu. Lepas aku ambil gambar ni, dia datang kearah aku, promote pada aku pula.

Pintu tepi Brilliance Shimao International Plaza. M&M tu dalam banguna ni juga. Kat bawah nilah kami berhenti berehat
 Bawah bangunan tu, banyak sangat jurujual (toys for fun). Bagi aku yang jakun ni, benda yang dijual tu menarik, tapi sekadar suka tengok, belum terasa nak beli pun. Disebabkan pak long aku penat, kami pun berehat kat bawah bangunan tu. Jurujual yang jual roller yang dipasang pada kasut tu (tak tahulah aku nak menamakannya) sambil dia pakai benda tu, dia promote pada kami. Sepanjang berjalan kat situ, dah beberapa jurujual promote barang yang sama pada kami, tapi disebabkan kami berhenti kat situ, banyaklah peluang dia mempromote. Siap test pasangkan kat kasut pak long aku, tapi paklong tak lah test berjalan guna tu. Cuma dia berminat nak belikan untuk anak dia. So dia offer untuk belikan aku satu (untuk adik aku), dengan harapan beli 2 boleh dapat murah sikit. Tawar punya tawar dapatlah harga 20yuan sepasang. Daripada asalnya entah 50, 40, 30, erkk 20 itupun aku rasa mahal jugak. Tapi paklong aku okay nak beli, aku ikut je. Tak lama tu, seorang pakcik tukang polish kasut pulak tetiba datang offer nak polish kasut pak long aku. Paklong aku cakap memang style dia macam tu. Nak cari sesuap nasi kan. Aku tanya harga tapi dah tak ingat pulak berapa. Masa polish macam setuju harga sekian, lepas polish dia demand pulak. Tapi paklong aku memang tak bagi can orang menipu, lagilah sebelum ni dia dah pernah polish kasut macam tu. Jadi dia tetap bayar harga yang dia rasakan munasabah sahaja. Part-part macam ni, aku tak perlu dah nak tunjuk courtesy dalam berbicara dengan tukang polish tu, serah je kat pak long aku pandai-pandailah dia. Aku yang tak ada pengalaman ni, kalau sendiri dalam situasi itu pun mungkin boleh kena tipu juga. 

Yeah, inilah tukang polish kasut tersebut. Dan abaikan aku yang tengah duduk tak sopan tu.
 ...to be continued. 
Hehe, oklah setakat ini kan. Baca banyak sangat nanti muntah pulak. Batal puasa. Erk.
#Alhamdulillah

Monday, 13 June 2016

Setahun yang lalu- Shanghai I'm coming! (Part 1)



Assalamualaikum,

dan salam 8 ramadhan...!
Bagi tidak menghampakan para peminat, aku menulis jugalah hari ni walaupun tak larat.Hoho.
Aku mengamalkan kebebasan individu untuk memilih apa yang nak dibaca di blog ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Sedar tak sedar dah setahun dah, aku balik dari melawat Shanghai. Lama dah nak cerita pasal Shanghai kat sini, tapi aku kan PA kak Mah. Bz kot. 

Ramadhan lepas, aku ke Shanghai bersama Pak Long dan isteri Pak Long yang lebih mesra dipanggil Aunty. Mereka ada buka bisnes laundry di JB dan mesin-mesin basuh mereka order dari Shanghai. Sebelum ini Pak Long dah pernah ke sana bersama seorang uncle cina dari JB untuk bantu dia urusan deal buat pertama kali, tapi kali ini dia sajalah nak test aku pula, kotlah aku boleh perform better. Since pertama kali mereka menyatakan hasrat nak minta tolong aku jadi translator mereka kat sana atas urusan jual beli mesin, aku ok saja, malah bersyukur dan tak percaya dapat peluang pergi melawat negara orang. Ditaja pulak tu. Kira macam menang pertandingan ‘Gores dan menang’ lah ni. Walaupun atas nama kerja, tetaplah ada waktu untuk berjalan-jalan sikit kan nanti. Tapi setengah aku rasa happy setengah aku rasa risau. Sebab mereka letak harapan kat aku yang cuma belajar mandarin setakat sekolah rendah. Banyak vocabulary yang dah lupa dan memang tak tahu langsung. Tapi disebabkan aku nak tingkatkan keyakinan diri aku yang suam-suam kuku ni, aku sahut cabaran tu. Yeaah!

Tibalah hari tanggal 1 Julai 2015, setelah siap segala barang persiapan untuk melalui beberapa hari di tempat orang, Pak Long and Aunty datang kerumah jemput aku untuk ke KLIA2. Flight pukul 7.10 p.m., Air Asia-X. So, pukul 4 macam tu dah check in. Sempatlah berehat-rehat sekejap kat dalam tu sebelum boarding 6.45 p.m. Seat aku terpisah dengan mereka, tapi tak pedulilah, duduk sebelah pilot pun ok je. Aku dapat bahagian tengah dan seat pun tengah, kanan kiri cina. Kiri perempuan kanan lelaki. Kejung juga aku kat tengah tu, takut-takut gerak sikit terkena orang kanan, gerak sikit terkena orang kiri. Masa buka minum air ala kadar saja, sebab flight tengah nak berlepas. Tak lama tu mereka edar makanan, barulah buka betul-betul, Nasi Lemak gitew. 

Pukul 12.45 a.m., selamatlah kami tiba di Pudong International Airport, Shanghai. Lepas cek imigresen, kami singgah di kaunter kecil betul-betul lepas imigresen tu, ada jual simkad. Beli satu je sebab bajet terhad, tapi aku yang guna simkad tu. Pak Long dan Aunty cuma dapat internet dari hotspot aku, so kalau aku nak dengki, duduk jauh-jauhlah dari mereka. Haha, ‘kalau’ je, takde niat pun. Tapi handphone akulah yang disadvantage, bateri cepat habis. Aiyaak. Lepas tu, first time masuk toilet negara China yang dikatakan tiada paip dalam jamban, jadi memang kena sedia botol kosong dalam beg supaya boleh ambil air kat paip singki untuk beristinjak. Lagi besar hajat, lagi besar botol yang diperlukan.

Dari balai ketibaan nak ke lobi dia jauh betul. Masa tu sunyi sepi dah airport. Lobi lengang. Cuma ada beberapa orang yang ada flight pagi-pagi buta la kot, tidur kat bangku-bangku lobi. So, bila survey hotel-hotel pun tak dekat, hotel kat airport surelah mahal. Booking pun tak ada buat. Kami ambil keputusan tidur je kat bangku-bangku situ sementara tunggu hari siang. Pukul 4.30 sedar-sedar dah nak imsak. Sempat minum air dan jamah biskut je kot. 

Pukul 6 pagi aku terjaga lepas tidur balik tadi. Dengan berbaring atas bangku, berpeluk tubuh, kasut pun tak bukak, berselubung shawl sampai ke muka, aku perlahan-lahan pasang telinga. Bunyi orang-orang berjalan kehulu kehilir depan aku, sekali sekala tu ada bunyi bagasi diseret, kesana-kemari. Kat luar dah terang benderang. Pukul 6 masa tu dah macam pukul 8 kat Malaysia. Kaunter-kaunter dah mula buka, pramugari-pramugara ada yang beratur macam nak kawad pun ada (tak sure pulak airline mana), tapi aku masih terbaring kat situ baru bangun tidur? Lama jugalah aku termenung dibawah shawl tu. Fikir cara terbaik nak cover muka bangun tidur. Fikir juga mana Pak Long dan Aunty aku pergi. Sampai hati mereka tinggal aku, tak kejut. Dah balik Malaysia semula agaknya mereka ni. Haha. Macam-macam aku fikir.  

Last-last aku bangun jugalah perlahan-lahan. Mata meliar cari mereka. Rupanya ada je mereka tidur kat bangku belah belakang. Terselindung pokok besar dalam airport tu. Ada juga traveler lain yang masih tidur kat belakang. Dah aku je yang tidur dekat bangku menghadap kaunter-kaunter, memanglah tak strategik langsung. Lama jugalah kami termenung dan perhatikan gelagat orang dalam airport tu lepas masing-masing bangun dari tidur. Sempat bersihkan diri dan tukar baju sementara tunggu Miss Emily (wakil bos kilang mesin basuh) dan Mr. Chen jemput kami ke kilang mereka. 

Jakun tengok roda yang polis tu pakai tu, apa namanya ntah. best juga kalau ada satu, tak takut lambat ke kelas, laju! 

Kereta polis China (Tulisan: 公安=Gong An=public security)
9.30am barulah kami gerak ke Daerah Feng Xian dimana kilang itu berada. Sambil tengok mesin basuh yang dalam pembikinan, Mr. Ma sampai dan kami bersembang-sembang sikit pasal mesin-mesin tu. Masa tulah khidmat aku digunakan. Apa yang Pak Long aku request untuk penambahbaikkan mesin, aku sampaikan pada Mr. Ma atau Emily, begitu juga sebaliknya. Walaupun perkataan yang aku pakai ada yang kena ada yang tak, tapi aku puas hati dengan aku sendiri (angkat bakul?). 

Tak lama tu, Mr. Ma ajak lunch sekali, tapi lepas aku beritahu kami berpuasa dia baru tahu pasal puasa ni. Masa tulah aku bagi dakwah kat dia, haha. Tapi yang ni aku kecewa, sebab banyak benda yang aku tak dapat sampaikan dengan baik sebab limited vocab. Sedangkan itulah peluang aku. Aku tak dapat sampaikan hikmah berpuasa, sebab penting untuk dia tahu kita puasa bukan untuk menyeksa diri, tak makan tak minum dari pagi sampai petang. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku dah cuba, dan dia dah tahu sedikit sebanyak pasal puasa. Harapnya dia google la juga berkenaan dengan puasa ni untuk tahu lebih lanjut. Disebabkan dia kena layan tetamu lain kejap sambil lunch, kami diajak berehat-rehat di bilik Mr. Ma dulu, dan masa tu sekali lagi dia nak offer something to please his guests, “kalau minum teh boleh tak?” haha nampak tak, dia masih tak jelas. Mungkin pelik dan terkejut kot dengan penerangan singkat aku.

Pukul 12.30, Mr. Ma kembali dan kami turun semula ke kilang untuk sambung berbincang perihal mesin dan cara nak gunakan mesin tu. Mereka buat percubaan masukkan duit syiling (Malaysia), masukkan baju-baju basuhan, uji proses semua tu depan kami. Masa itu jugalah mana yang tak berkenan dihati, Pak Long aku suarakan. Minta tukar sana tukar sini. Ikut citarasa dia. Dan aku banyak belajar dari situ, walaupun pening nak terjemah. Haha. 

Akhirnya, pukul 2.30pm kami dihantar ke hotel yang Aunty aku dah book dari masa di Malaysia lagi. Jin Jiang Inn di Nan Qiao. Lalu, berehatlah kami sepuas-puasnya. 

kat lobby Jin Jiang Inn, Nan Qiao
Sehinggalah sudah dekat nak Maghrib, lebih kurang 6.45pm, kami keluar dari hotel untuk mencari tempat berbuka puasa. Jalan beberapa minit, kami tahan teksi untuk ke alamat yang sudah disurvey ada restoran makanan halal- iaitu di Yu Xiu Lu (Lu bermaksud Jalan). Teksi pun bukan sembarang teksi boleh bawa kau ke tempat tu, sebab ada teksi bandar dan tempatan, lebih kurang macam itulah. Yang penting kena pilih teksi yang betul. Dan nak cakap dengan teksi pun mencabar kemahiran berkomunikasi juga, sebut tak betul lain tempat pula nanti dihantarnya. Aku agaklah, seandainya kau cakap English dengan driver teksi-teksi di China, nescaya kau akan dihalau keluar dari teksi, jalan kaki ke destinasi atau kalau untung dapat driver yang sabar dan baik hati dia layankan jugalah, mudah-mudahan bukan untuk kena tipu/pao lepas tu. Pesan aku, berhati-hati di negara orang. Minimumkan peluang untuk ditipu. Di negara sendiri pun dah biasa jumpa orang menipu kan? Apatah lagi negara orang, senang je mereka nak kenakan. 

Dalam pukul 7pm, kami tiba di restoran yang dimaksudkan. Pak Long aku pernah makan disitu sebelum ini. Kecil je restoran tu, pelanggannya masa tu cuma kami. Restoran tersebut dikendalikan oleh keluarga Islam, cuma gaya luaran tak nampak Islam. Walaupun isteri dan anak perempuannya tidak mengenakan tudung, mudah-mudahan perkara-perkara wajib lain seperti puasa dan solat mereka tahu dan amalkan. Waktu berbuka pun ada dia tolong alertkan kami, jadi rasanya dia tahu waktu-waktu solat ni. 

Kami order beberapa menu: satay kambing, mutton fried rice, sup sayur, ikan, pancake, mutton +sayur masak blackpaper dan air teh cina yang dia memang hidang atas meja. Subhanallah! Rasa dia…pehhhh. Sedap hingga menjilat jari. Benda yang paling aku rindu dari Shanghai adalah makanan dia. Serius. Satay kambing dia terutamanya, special!




Dah kenyang, kami pun berjalan keluar restoran untuk balik. Streetwalking down to YuXiu Road tadi. Jumpa kedai buah-buahan, singgah beli beberapa jenis buah. 
Diimport dari Thailand



Tipikal motor di sini, guna electrik. senyap je bunyi. tau-tau ada motor kat belakang, bahaya juga. tapi xcemar alam sekitar sangatlah kan. 


tempat cas motor

pemandangan street walking

jual apa ntahla ni, bak agaknya..hoho
 


Tesco di China

Kemudian, masuk tesco kejap sambil Pak Long aku nak cari sport shoes, tapi tak jumpa. Saiz kaki dia besar sungguh. Haha. Kesian juga. Singgah juga KFC, beli kopi dan lempeng ada kacang merah dalamnya. Lepak-lepak kejap sebelum ambil teksi balik ke hotel.

Pak Long tengah sibuk membelek kasut




balik ke hotel, tgk cerita cina, handsome pula hero dia, haha, menyempat!
So, apa macam? Bosan tak cerita aku? Hehehe... kisah pula aku korang bosan ke idok. Sekian, coretan aku untuk bahagian satu. Next entry aku sambung lagi PART 2. InsyaALLAH. 

Assalamualaikum dan selamat berpuasa :)