Monday, 13 June 2016

Setahun yang lalu- Shanghai I'm coming! (Part 1)



Assalamualaikum,

dan salam 8 ramadhan...!
Bagi tidak menghampakan para peminat, aku menulis jugalah hari ni walaupun tak larat.Hoho.
Aku mengamalkan kebebasan individu untuk memilih apa yang nak dibaca di blog ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Sedar tak sedar dah setahun dah, aku balik dari melawat Shanghai. Lama dah nak cerita pasal Shanghai kat sini, tapi aku kan PA kak Mah. Bz kot. 

Ramadhan lepas, aku ke Shanghai bersama Pak Long dan isteri Pak Long yang lebih mesra dipanggil Aunty. Mereka ada buka bisnes laundry di JB dan mesin-mesin basuh mereka order dari Shanghai. Sebelum ini Pak Long dah pernah ke sana bersama seorang uncle cina dari JB untuk bantu dia urusan deal buat pertama kali, tapi kali ini dia sajalah nak test aku pula, kotlah aku boleh perform better. Since pertama kali mereka menyatakan hasrat nak minta tolong aku jadi translator mereka kat sana atas urusan jual beli mesin, aku ok saja, malah bersyukur dan tak percaya dapat peluang pergi melawat negara orang. Ditaja pulak tu. Kira macam menang pertandingan ‘Gores dan menang’ lah ni. Walaupun atas nama kerja, tetaplah ada waktu untuk berjalan-jalan sikit kan nanti. Tapi setengah aku rasa happy setengah aku rasa risau. Sebab mereka letak harapan kat aku yang cuma belajar mandarin setakat sekolah rendah. Banyak vocabulary yang dah lupa dan memang tak tahu langsung. Tapi disebabkan aku nak tingkatkan keyakinan diri aku yang suam-suam kuku ni, aku sahut cabaran tu. Yeaah!

Tibalah hari tanggal 1 Julai 2015, setelah siap segala barang persiapan untuk melalui beberapa hari di tempat orang, Pak Long and Aunty datang kerumah jemput aku untuk ke KLIA2. Flight pukul 7.10 p.m., Air Asia-X. So, pukul 4 macam tu dah check in. Sempatlah berehat-rehat sekejap kat dalam tu sebelum boarding 6.45 p.m. Seat aku terpisah dengan mereka, tapi tak pedulilah, duduk sebelah pilot pun ok je. Aku dapat bahagian tengah dan seat pun tengah, kanan kiri cina. Kiri perempuan kanan lelaki. Kejung juga aku kat tengah tu, takut-takut gerak sikit terkena orang kanan, gerak sikit terkena orang kiri. Masa buka minum air ala kadar saja, sebab flight tengah nak berlepas. Tak lama tu mereka edar makanan, barulah buka betul-betul, Nasi Lemak gitew. 

Pukul 12.45 a.m., selamatlah kami tiba di Pudong International Airport, Shanghai. Lepas cek imigresen, kami singgah di kaunter kecil betul-betul lepas imigresen tu, ada jual simkad. Beli satu je sebab bajet terhad, tapi aku yang guna simkad tu. Pak Long dan Aunty cuma dapat internet dari hotspot aku, so kalau aku nak dengki, duduk jauh-jauhlah dari mereka. Haha, ‘kalau’ je, takde niat pun. Tapi handphone akulah yang disadvantage, bateri cepat habis. Aiyaak. Lepas tu, first time masuk toilet negara China yang dikatakan tiada paip dalam jamban, jadi memang kena sedia botol kosong dalam beg supaya boleh ambil air kat paip singki untuk beristinjak. Lagi besar hajat, lagi besar botol yang diperlukan.

Dari balai ketibaan nak ke lobi dia jauh betul. Masa tu sunyi sepi dah airport. Lobi lengang. Cuma ada beberapa orang yang ada flight pagi-pagi buta la kot, tidur kat bangku-bangku lobi. So, bila survey hotel-hotel pun tak dekat, hotel kat airport surelah mahal. Booking pun tak ada buat. Kami ambil keputusan tidur je kat bangku-bangku situ sementara tunggu hari siang. Pukul 4.30 sedar-sedar dah nak imsak. Sempat minum air dan jamah biskut je kot. 

Pukul 6 pagi aku terjaga lepas tidur balik tadi. Dengan berbaring atas bangku, berpeluk tubuh, kasut pun tak bukak, berselubung shawl sampai ke muka, aku perlahan-lahan pasang telinga. Bunyi orang-orang berjalan kehulu kehilir depan aku, sekali sekala tu ada bunyi bagasi diseret, kesana-kemari. Kat luar dah terang benderang. Pukul 6 masa tu dah macam pukul 8 kat Malaysia. Kaunter-kaunter dah mula buka, pramugari-pramugara ada yang beratur macam nak kawad pun ada (tak sure pulak airline mana), tapi aku masih terbaring kat situ baru bangun tidur? Lama jugalah aku termenung dibawah shawl tu. Fikir cara terbaik nak cover muka bangun tidur. Fikir juga mana Pak Long dan Aunty aku pergi. Sampai hati mereka tinggal aku, tak kejut. Dah balik Malaysia semula agaknya mereka ni. Haha. Macam-macam aku fikir.  

Last-last aku bangun jugalah perlahan-lahan. Mata meliar cari mereka. Rupanya ada je mereka tidur kat bangku belah belakang. Terselindung pokok besar dalam airport tu. Ada juga traveler lain yang masih tidur kat belakang. Dah aku je yang tidur dekat bangku menghadap kaunter-kaunter, memanglah tak strategik langsung. Lama jugalah kami termenung dan perhatikan gelagat orang dalam airport tu lepas masing-masing bangun dari tidur. Sempat bersihkan diri dan tukar baju sementara tunggu Miss Emily (wakil bos kilang mesin basuh) dan Mr. Chen jemput kami ke kilang mereka. 

Jakun tengok roda yang polis tu pakai tu, apa namanya ntah. best juga kalau ada satu, tak takut lambat ke kelas, laju! 

Kereta polis China (Tulisan: 公安=Gong An=public security)
9.30am barulah kami gerak ke Daerah Feng Xian dimana kilang itu berada. Sambil tengok mesin basuh yang dalam pembikinan, Mr. Ma sampai dan kami bersembang-sembang sikit pasal mesin-mesin tu. Masa tulah khidmat aku digunakan. Apa yang Pak Long aku request untuk penambahbaikkan mesin, aku sampaikan pada Mr. Ma atau Emily, begitu juga sebaliknya. Walaupun perkataan yang aku pakai ada yang kena ada yang tak, tapi aku puas hati dengan aku sendiri (angkat bakul?). 

Tak lama tu, Mr. Ma ajak lunch sekali, tapi lepas aku beritahu kami berpuasa dia baru tahu pasal puasa ni. Masa tulah aku bagi dakwah kat dia, haha. Tapi yang ni aku kecewa, sebab banyak benda yang aku tak dapat sampaikan dengan baik sebab limited vocab. Sedangkan itulah peluang aku. Aku tak dapat sampaikan hikmah berpuasa, sebab penting untuk dia tahu kita puasa bukan untuk menyeksa diri, tak makan tak minum dari pagi sampai petang. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku dah cuba, dan dia dah tahu sedikit sebanyak pasal puasa. Harapnya dia google la juga berkenaan dengan puasa ni untuk tahu lebih lanjut. Disebabkan dia kena layan tetamu lain kejap sambil lunch, kami diajak berehat-rehat di bilik Mr. Ma dulu, dan masa tu sekali lagi dia nak offer something to please his guests, “kalau minum teh boleh tak?” haha nampak tak, dia masih tak jelas. Mungkin pelik dan terkejut kot dengan penerangan singkat aku.

Pukul 12.30, Mr. Ma kembali dan kami turun semula ke kilang untuk sambung berbincang perihal mesin dan cara nak gunakan mesin tu. Mereka buat percubaan masukkan duit syiling (Malaysia), masukkan baju-baju basuhan, uji proses semua tu depan kami. Masa itu jugalah mana yang tak berkenan dihati, Pak Long aku suarakan. Minta tukar sana tukar sini. Ikut citarasa dia. Dan aku banyak belajar dari situ, walaupun pening nak terjemah. Haha. 

Akhirnya, pukul 2.30pm kami dihantar ke hotel yang Aunty aku dah book dari masa di Malaysia lagi. Jin Jiang Inn di Nan Qiao. Lalu, berehatlah kami sepuas-puasnya. 

kat lobby Jin Jiang Inn, Nan Qiao
Sehinggalah sudah dekat nak Maghrib, lebih kurang 6.45pm, kami keluar dari hotel untuk mencari tempat berbuka puasa. Jalan beberapa minit, kami tahan teksi untuk ke alamat yang sudah disurvey ada restoran makanan halal- iaitu di Yu Xiu Lu (Lu bermaksud Jalan). Teksi pun bukan sembarang teksi boleh bawa kau ke tempat tu, sebab ada teksi bandar dan tempatan, lebih kurang macam itulah. Yang penting kena pilih teksi yang betul. Dan nak cakap dengan teksi pun mencabar kemahiran berkomunikasi juga, sebut tak betul lain tempat pula nanti dihantarnya. Aku agaklah, seandainya kau cakap English dengan driver teksi-teksi di China, nescaya kau akan dihalau keluar dari teksi, jalan kaki ke destinasi atau kalau untung dapat driver yang sabar dan baik hati dia layankan jugalah, mudah-mudahan bukan untuk kena tipu/pao lepas tu. Pesan aku, berhati-hati di negara orang. Minimumkan peluang untuk ditipu. Di negara sendiri pun dah biasa jumpa orang menipu kan? Apatah lagi negara orang, senang je mereka nak kenakan. 

Dalam pukul 7pm, kami tiba di restoran yang dimaksudkan. Pak Long aku pernah makan disitu sebelum ini. Kecil je restoran tu, pelanggannya masa tu cuma kami. Restoran tersebut dikendalikan oleh keluarga Islam, cuma gaya luaran tak nampak Islam. Walaupun isteri dan anak perempuannya tidak mengenakan tudung, mudah-mudahan perkara-perkara wajib lain seperti puasa dan solat mereka tahu dan amalkan. Waktu berbuka pun ada dia tolong alertkan kami, jadi rasanya dia tahu waktu-waktu solat ni. 

Kami order beberapa menu: satay kambing, mutton fried rice, sup sayur, ikan, pancake, mutton +sayur masak blackpaper dan air teh cina yang dia memang hidang atas meja. Subhanallah! Rasa dia…pehhhh. Sedap hingga menjilat jari. Benda yang paling aku rindu dari Shanghai adalah makanan dia. Serius. Satay kambing dia terutamanya, special!




Dah kenyang, kami pun berjalan keluar restoran untuk balik. Streetwalking down to YuXiu Road tadi. Jumpa kedai buah-buahan, singgah beli beberapa jenis buah. 
Diimport dari Thailand



Tipikal motor di sini, guna electrik. senyap je bunyi. tau-tau ada motor kat belakang, bahaya juga. tapi xcemar alam sekitar sangatlah kan. 


tempat cas motor

pemandangan street walking

jual apa ntahla ni, bak agaknya..hoho
 


Tesco di China

Kemudian, masuk tesco kejap sambil Pak Long aku nak cari sport shoes, tapi tak jumpa. Saiz kaki dia besar sungguh. Haha. Kesian juga. Singgah juga KFC, beli kopi dan lempeng ada kacang merah dalamnya. Lepak-lepak kejap sebelum ambil teksi balik ke hotel.

Pak Long tengah sibuk membelek kasut




balik ke hotel, tgk cerita cina, handsome pula hero dia, haha, menyempat!
So, apa macam? Bosan tak cerita aku? Hehehe... kisah pula aku korang bosan ke idok. Sekian, coretan aku untuk bahagian satu. Next entry aku sambung lagi PART 2. InsyaALLAH. 

Assalamualaikum dan selamat berpuasa :)




No comments:

Post a Comment