Assalamualaikum...senyum dulu baru baca :)
Okay comel. So hari ini kita sambung entry yang lepas. Hari kedua berada di bumi Shanghai.
3
Julai 2015 (Jumaat)
Lebih
kurang pukul 9.30am, Ms. Emily and Mr. Chen jemput kami dari hotel ke kilang,
kali ini untuk finalize segala urusan sebelum balik. Segala apa yang dikomen
semalam, engineer machine tu pun improve mana yang boleh dibuat overnight. Yang
mana tak dapat mereka cuba buat sebelum mesin-mesin tersebut dihantar ke
Malaysia.
Perbincangan antara Mr. Ma, Emily dan para engineer mereka. |
Kemudian, perbincangan terakhir kami berlaku di pejabat Mr. Ma. Yang
part ini aku lemah sikit nak translate sebab banyak istilah international
business yang aku xtahu contoh: Kargo/container? Shipping? Pelabuhan? Currency
exchange? Mata wang? Fuhh..tak terfikir aku nak buat homework pasal ini, walaupun
ada belajar tajuk international business time degree, disebabkan ia wajib disampaikan
dalam bahasa MANDARIN, tak dapat juga diaplikasikan. Syukur Ms. Emily tu faham
juga BI sikit, so dia banyak tolong translatekan. Masa ini Mr. Ma bertanya lagi
pasal puasa. Aku pun jawab semampu aku. Kami pun ada bertukar-tukar soalan
pasal keluarga masing-masing. Masa inilah aku dapat kepastian yang setiap
keluarga di China cuma boleh ada seorang sahaja anak. Selalu dengar-dengar
daripada orang je kan. Kalau lebih pun paling banyak 2 orang, tapi seorang lagi
biasanya akan dihantar balik kampong duduk dengan atuk/nenek. Sebab sara hidup
tinggi katanya. Dan Mr. Ma ada seorang anak perempuan yang lebih kurang umur
aku, tunggu masa nak masuk U. Dia pun terkejut adik-beradik aku sampai 6 orang.
6 orang je pun, dia belum lagi tengok yang adik-beradik berbelas. Hehe. Dan banyak
lagi yang kami borakkan, tapi tak semua aku dapat translate kat paklong dan
aunty aku, mesti mereka boring dengan aku kan. Alahai, dilema juga jadi
translator ni.
Lepas
habis perbincangan, dia tanya sama ada pak long aku hisap rokok atau tidak,
regardless of bulan puasa. Aku jawab tak, dia tanya lagi kalau ada adik, abang,
or sesiapa yang terdekat yang hisap? Pelik. Rupanya dia nak bagi souvenir,
sekotak besar rokok. Jadi kebetulan aunty aku pun ada belikan souvernir dari KL
untuk mereka. So it’s time for
exchanging souvenir and taking photo before disperses. Biarpun sekejap, layanan
mereka sangatlah baik dan mesra. Terharu betul. Oh ya, dia ada tanya esok kami
akan pergi berjalan-jalan di mana. Dia offer nak hantarkan ke sana. Syukurlah.
Kami bersama Mr. Ma. |
Ok,
dah berakhir cerita pasal kilang Mr. Ma. Lepas sampai di hotel pukul 1.15pm,
kami sempat solat dan berehat sekejaaap saja sebelum buat lawatan ke kilang
seterusnya. Pak Long aku order mesin basuh dari 2 kilang, 2/3 order dengan Mr.
Ma selebihnya dengan Mrs. Lina. Lebih kurang
pukul 3, Lina (wakil dari kilang yang ke-2) bersama suaminya Michael (kerja di
kilang yang sama) menjemput kami ke kilang mereka. Masih dalam kawasan yang
sama dengan kilang Mr. Ma. Kilang yang ke-2 ini aku perhatikan lebih gah dan
sistematik. Mungkin sebab lebih banyak pengalaman dan kepakaran. Kat sini pak
long aku tak banyak komen dan tak perlukan khidmat aku pun sebenarnya. Sebab
Lina fasih berbahasa Inggeris, so pak long aku yang banyak borak dengan dia, aku
cuma datang tengok-tengok je. Luas kilang dia, ada showroom lagi tu. Pelbagai
jenis mesin basuh dan iron ada dipamerkan. Kami pun tak lama kat situ, sejam
lebih je. Sempat juga ke pejabat mereka dan ambil gambar sebagai
kenang-kenangan. Awal-awal tu pak long aku kata aku ada hajat nak sambung
belajar kat China, seronok Lina dengar. Jadi sebelum bersurai, dia jemput aku
melawat dia kalau jadi belajar situ, peramah betul. Terharu lagi aku. Sekejap
jumpa pun macam dah lama jumpa.
Kami dan Lina bergambar sebelum bersurai |
4.45pm
Michael hantarkan kami ke hotel semula. Michael sahaja, tanpa Lina. So pak long
suruh aku duduk depan borak dengan Michael. Lama juga krik krik sebelum aku
kumpul modal, buka mulut beramah mesra dengan Michael. Disebabkan jalan raya
time tu jem (sama macam di Malaysia, pukul 5 orang office habis kerja), makin
lamalah kami bersembang. Mula-mula memang kekok, tapi tak sangka peramah juga
dia, dia puji mandarin aku lebih fasih daripada sebahagian orang China kat
kawasan lain, maka semakin konfidenlah aku berkata-kata. Yelah. Walaupun lain
daerah/bahagian ada lain dialek, Mandarin kan bahasa rasmi mereka. Aku ingat orang Shanghai tak
guna sangat Mandarin. Aku beritahu dia sebelum datang ke Shanghai aku ada buat
homework dari internet belajar dialek Shanghainese (Hu) tapi susah nak
belajar/faham sebab banyak beza dengan mandarin. Tapi dia kata dialek tu
orang-orang kampung je banyak pakai. Orang luar macam dia (dari negeri lain)
pun tak faham dialek tu. Kebanyakan tempat pun gitu, jadi aku pun legalah.
Dengan Mandarin saja pun InsyaAllah boleh survive kat China. Dia cerita juga
masa dia U dulu, dia ada kawan Muslim. Dia ada join sambutan hari raya yang
mereka sambut. Kiranya dia ada pengetahuan sikitlah pasal Muslim ni termasuklah
bab puasa berbanding Mr. Ma. Banyak yang dia cerita tapi antara ingat tak ingat
dah. Baik sangatlah mereka ni, aku doakan suatu hari nanti mereka diberi
kesempatan untuk dapat hidayah dari Allah. Mudah-mudahan. Siapa tahu kan.
Ok.
Lepas sampai di hotel, kami rehat-rehat kejap sampai tertidur. Masa buka, kami
buka dan solat di hotel dulu. Pukul 8 malam baru keluar cari teksi untuk ke
YuXiu Lu (育秀路),
lorong semalam, tapi macam ada nampak tempat makan halal yang lain, jadi kami
ingat nak ke situ. Masa nak cakap dengan teksi tu, mungkin Yu Xiu Road tu
panjang, jadi dia tahulah nak dropkan yang belah mana. Tapi syukur masa tu aku
teringat aku ada snap gambar signboard jalan tu masa streetwalking semalam,
terus aku buka phone tunjuk kat dia gambar tu. Dan Yes! Driver tu terus faham
dan bawa kami ke sana. Alhamdulillah. Siapa tahu gambar yang aku snap sesaja
tu, tapi sebenarnya ada hikmah. Jadi pengajaran, kat pergi negara orang snaplah
gambar banyak-banyak walaupun cumalah signboard semata, siapa tahu dalam kes
sesat atau kecurian, ia sangat membantu dan boleh dijadikan bukti yang sangat
berguna.
Inilah gambar sign board --yang berhikmah tu. |
Lepas
drop dari teksi, kami ke restoran yang semalam kami nampak ada tanda ‘halal’ (清真;
qing zhen) tu. Tapi dari luar aku tergamam, tengok botol-botol arak (botol kaca
warna hijau) kat atas meja pelanggan. Banyak sangat sampai tak cukup atas meja
bersusun lagi dalam besen di bawah meja. Nak berbaik sangka pun macam tak boleh
dah. Kalau bukan botol arak botol apa lagi? Takkan cuma minuman bergas
kan(macam botol oren bodo kat Malaysia tu)? Lama juga aku cuba berbaik sangka.
Mula-mula kami masuk juga dalam kedai tu. Tapi kebersihan pun tak dijaganya,
senang cakap aku masuk dan tengok sekeliling kedai, rasa geli. Riak muka aku
memang ketara sangat, mungkin pak long aku perasan. Aku sahkan dengan bertanya
dengan mak cik kedai tu, dia pelik tengok kami, pelik tengok aku speaking
mandarin dan dia jawab halal tapi cara jawab pun macam tak meyakinkan. Dia
tunjukkan menu, dan aku memang perasan ada menu arak. Tapi..hmm. Pak long suruh
aku order nasi, yelah untuk berbuka dan berpuasa di esok hari kena ada sumber
karbohidrat yang cukup. Tapi dia tak ada menu nasi kalau tak silap aku.
Disebabkan penuh dengan pelanggan, aku ajak duduk meja kat luar. Kat luar tu,
kami berbincang menu yang nak diorder. Kami bincang, cukuplah kalau ada nasi,
lauk sikit, sayur sikit. Tapi banyak-banyak menu tu, tak banyak yang aku faham.
Penat juga aku translate menu tu, ala kadar. Dan akhirnya order beberapa jenis
yang mana aku rasa seakan-akan ‘lauk’. Tapi tak lama lepas tu, pak long tengok
aku macam separuh hati je nak makan kat situ, dia ajak tukar tempat lain. Sebab
semalam masa streetwalking ada juga ternampak kedai ‘halal’ satu lagi kat
depan, dalam jalan tu juga. Setuju! Terus gembiranya aku, pergi masuk dalam
kedai, cancelkan order. Fuhhh...Lega. betapa tak tenangnya aku sepanjang berada
kat situ. Was-was kot.
Kedudukan kedai mi tarik dan Yu Xiu Road |
Kemudian,
berjalanlah kami ke kedai yang dimaksudkan itu (三江源牛肉拉面). Kedai ini insyaAllah halal.
Sebab owner dan kerabatnya muslim, pakai tudung dan kopiah. Yang pakai kopiah
tu pun macam balik dari solat terawih je gayanya. Mudah-mudahanlah. Kedai pun
bersih, tak ada botol arak dan tak ada pelanggan pun. Kedai ini basically serve
mi tarik sebagai main dishes. Tapi pak long aku tadi kan nak makan nasi, so orderlah nasi putih,
daging blackpaper dan sup sikit. Sedaaap! Ke atau sebab aku lapar? Haha. Untuk
sahur, pak long suruh aku order mi tarik, take away. Nampak sendiri dia
lempar-lempar tepung kat dapur nak buat mi tarik tu, aku siap rakam. Tapi aku
segan merakam dia pun segan kena rakam. Pelik juga aku kat sini ni, tak ada air
dalam menu. Ah sudah. Tercekiklah kami sepanjang makan tu.
Akhirnya kami berbuka di kedai Halal mi tarik ini. |
Haah. Aku tak reti makan pakai chopstick. |
Belanja selpie boleh kan |
Lepas
makan, lekas-lekas pergi tesco yang semalam kami pergi tu untuk beli air
mineral. Aku dengan aunty je masuk, pak long tunggu luar. Tapi aunty aku tu
suka minum kopi, jadi dia cari jugalah kopi 3 in 1 yang dia boleh bancuh kat
bilik nanti. Nak beli benda lain pun, tak adanya ada logo halal. Dalam masa nak
bayar tu, semua kaunter panjaang barisannya. So aku dan aunty beratur pisah
kaunter. Aku pegang air mineral, aunty aku pegang kopi. Kalau-kalau aku dapat
bayar dulu, dia boleh datang ketempat aku, aku bayarkan sekali. Macam tu juga
sebaliknya. So dalam-dalam aku beratur tu, ada seorang makcik cina ni suara
punyalah lantang cakap bahasa yang aku tak paham dengan makcik-makcik lain kat
situ (gaya macam mengumpat aku sebab dia pandang aku atas bawah). Bawak troli
sarat dengan barang. Lepastu, sedap-sedap dia masuk depan aku untuk beratur.
Aku pun PANAS. Bukan sebab apalah, kalau setakat dia pegang sebiji dua barang
oklah lagi. Ini dahlah potong barisan, barang segunung, aku yang penyabar ni
pun jadi tak sabar (anggaplah aku seorang yang penyabar… haha!). Aku pun cakap
dengan sopan kat makcik tu “boleh tak saya beratur depan?” dengan selamba aku
jalan masuk depan dia. Aku malaslah nak cakap yang dia dah potong barisan aku
sebenarnya. Dia terkejut aku speaking
mandarin dengan dia. Atau terkejut aku potong barisan dia? Haha. Yang penting
dia terkejut, dan cakap “bolehlah, kau pun nak bayar sikit je” sambil tengok
air mineral yang aku pegang. Aku senyum je. Dalam hati: “aik, macam tak mengaku
je kau yang potong barisan?”. Lepas tu dia mulalah interview aku.
Makcik
: “Dari mana?” “macam mana boleh pandai cakap cina?”.
Aku:
“saya dari Malaysia, datang sebab sambung belajar kat sini, sebab tu saya reti
cakap cina.” (Tanpa fikir panjang, aku kelentong dia. Kalau jujur karang,
gerenti lagi panjang persoalannya nanti.)
Makcik:
“Oh..kat Universiti *** tu ye? Dah tahun berapa?” (aku pun tak dapat tangkap
sangat nama U tu, tapi aku percaya U dekat-dekat situ juga. )
Aku
:“Ya, universiti ***” (aku ulang balik nama U tu.) “Tahun akhir. Dah nak habis dah.
Mak cik pernah ke Malaysia?”
Sambil
tu aku bagi signal kat aunty aku supaya datang ketempat aku, sebab giliran aku
bayar dah nak sampai, dia punya ada lagi beberapa orang lagi.
Makcik:
“oh tak pernah. Macam mana sana? kamu tak balik ke?” (dia maksudkan tak cuti
semester? tak balik Malaysia ke?)
Aku:
“cuti tapi mak saya datang sini melawat saya, (sambil tunjuk aunty aku yang
tengah datang kearah aku) jadi tak baliklah. Kat sana panas, bila saya datang
sini sejuk betul, tu yang saya pakai sweater tu” (sebab aku tengok dia macam
pelik aku pakai sweater)
Makcik:
“oh yeke, oh ni mak kamu…, kamu belajar apa kat U?”
Ah
sudah. Apa pulak aku nak temberang ni. Kot lah kat U tu tak ada kos yang aku
nak temberangkan.
Makcik:
“kos *** ye” sambung makcik tu.
Aku:
“Ha.. betul!” (sambil hati dah kecut. Haha. Makcik ni buat lawak pulak. Sendiri
tanya sendiri jawab. Macam tau-tau je aku tak ada jawapan. Atau dia tau aku
memang tengah kelentong dia. )
Dan
banyak lagi sebenarnya yang dibualkan tapi aku dah tak ingat. Yang aku ingat,
aku berdoa supaya cashier tu cepat sikit buat kerja dia. Dah tak tahan aku nak
melayan makcik tu lagi. Dialog diatas tu lebih kurang yang aku ingat je. Tapi
sebenarnya sambil dia interview aku sambil dia ulas dengan makcik-makcik lain
kat situ. Kiranya tumpuan makcik-makcik kat situ semua kat aku time tu. Nervous
giloss. Tapi sempatlah juga aku pelawa makcik-makcik tu datang ke Malaysia.
Fuhh…bajet peramah pulak aku nih. Sesingkat itu, tapi disebabkan mulut makcik
tu macam joyah, macam-macam ditanyanya. Tapi yang bagusnya, tak terasa lama aku
menunggu dalam barisan tu. Maaf makcik, saya bersalah sangat kelentong kat
makcik, tapi yelah. Siapa suruh makcik potong barisan saya tadi, jadi saya rasa
ada perasaan tak percaya kat makcik dan membuatkan saya rasa tak perlu jujur
sangat. Haha.
Kemudian
kami pun ambil teksi, balik ke Jin Jiang Hotel. Alhamdulillah. The end of the
day.
4
Julai 2015 (Sabtu)
Pukul
2 lebih kami bangun sahur. Seperti semalam tunggu subuh, lepas solat subuh,
tidur semula. Maklumlah aktiviti apa je yang dapat dibuat masa ni. Dalam pukul
7 tu kami bersiap-siap kemas barang sebab haritu kami akan check out dari Jin
Jiang hotel itu, dan akan berpindah ke bandar Shanghai untuk melancong, yeay!
Tepat
pukul 9 pagi, Mr. Ma sudah terpacak diluar hotel menunggu kami. Hujan gerimis
masa tu, sementara pak long dan aunty uruskan urusan check out, aku berborak
dengan Mr. Ma di tepi kereta. Sambil tunjuk halaman hotel yang batu batanya
rosak, Mr. Ma bagitahu jalan ni retak-retak sebab tengah ada projek buat
landasan train kat bawah tanah. Ohh kata aku, sambil aku puji negara dia. Kagum
kejap. Kawasan itu kira kampung lah juga. Tapi bakal ada train kot. Tak lama
tu, pak long dan aunty keluar. Tidak seperti semalam, kali ini aku tak perlu duduk
depan sebelah Mr. Ma. Tapi komunikasi tu memang masih kerja aku. Dalam kereta tu
sempatlah bertukar id WeChat: 信息
(Info: Di China, aplikasi WeChat lebih popular berbanding Whatsapp dan mana-mana pun ada WeChat QR code untuk kemudahan mencari info tentang sesuatu perkara contoh: iklan/poster dalam train or mana-mana tempat awam, dalam tourist map dan lain-lain, kira macam website hyperlink lah ni)
Borak-borak lanjutan cerita pasal keluarga dan lain-lain lagi. Dia kata kalau kami datang lagi sini, or even nak duduk terus situ terus pun, dia offer nak sewakan rumah apartment dia kat area situ (sambil dia tunjuk kawasan apartment dia). Wow. Terberangan aku sekejap. Mungkin satu hari nanti? Hehehe. Asalnya kami ingat nak minta tolong Mr. Ma hantarkan ke stesen train (Shanghai Metro nama trainnya) yang terdekat je. Tapi disebabkan hujan, dia kasihan melihat kami dengan mengusung bagasinya yang tidak kurang berat, kebetulan dia tak ada plan apa-apa lepas tu, so dah nak hampir kat stesen tu dia teruskan perjalanan untuk hantar kami ke next hotel terus. Walaupun destinasi yang dituju berada diluar dari daerah Feng Xian (hampir 2 jam juga perjalanan ke sana), sanggup dia tolong hantar. Terharu lagi sekali.
(Info: Di China, aplikasi WeChat lebih popular berbanding Whatsapp dan mana-mana pun ada WeChat QR code untuk kemudahan mencari info tentang sesuatu perkara contoh: iklan/poster dalam train or mana-mana tempat awam, dalam tourist map dan lain-lain, kira macam website hyperlink lah ni)
Borak-borak lanjutan cerita pasal keluarga dan lain-lain lagi. Dia kata kalau kami datang lagi sini, or even nak duduk terus situ terus pun, dia offer nak sewakan rumah apartment dia kat area situ (sambil dia tunjuk kawasan apartment dia). Wow. Terberangan aku sekejap. Mungkin satu hari nanti? Hehehe. Asalnya kami ingat nak minta tolong Mr. Ma hantarkan ke stesen train (Shanghai Metro nama trainnya) yang terdekat je. Tapi disebabkan hujan, dia kasihan melihat kami dengan mengusung bagasinya yang tidak kurang berat, kebetulan dia tak ada plan apa-apa lepas tu, so dah nak hampir kat stesen tu dia teruskan perjalanan untuk hantar kami ke next hotel terus. Walaupun destinasi yang dituju berada diluar dari daerah Feng Xian (hampir 2 jam juga perjalanan ke sana), sanggup dia tolong hantar. Terharu lagi sekali.
LuPu bridge (卢浦大桥) |
Tempat yang kami tuju adalah NanQiao Road, dalam daerah Huang
Pu kalau tak silap. Ia adalah core city of the Shanghai. Dari Feng Xian tu kami
melintasi Lupu Bridge (卢浦大桥), dari situ boleh nampak China Art Museum Shanghai dan
berbagai landmark kat situ (Mr. Ma tunjuk). Dan dari situ aku terlampau sibuk or
jakun tengok bangunan kiri kanan, sampailah Mr. Ma tanya hotel yang kami nak
check in tu kat jalan mana. Yang aku tahu kat Niu Zhuang Lu, dalam Nan Qiao Lu.
Tapi bagaimana nak ke sana aku pun tak pasti, termasuklah Mr. Ma. Mungkin search
pun tak dapat (kat China tak pakai google). Alamat yang aunty aku print pulak,
aku tersimpan dalam bagasi dan bagasi pula dalam bonet. Aduhai. Makanya ambil
masa sikitlah. Lepas aunty cari no contact hotel tu, Mr. Ma call hotel tu tanya
lokasi. Beberapa minit drive dari situ jumpalah hotel tersebut, Jin Guang Hotel: 金光洒店
(sama dengan syarikat Jin Jiang Inn juga). Kecil je hotel tu, terselit dilorong yang
kecil (NiuZhuang Lu: 牛庄路). Syukur Mr. Ma cekap. Hehe. Lepas turunkan
bagasi, kami sempat tangkap sekeping lagi gambar dengan Mr. Ma sebelum
berpisah. Thank you very much Mr. Ma! Will never forget your kindness.
Permandangan luar dari tingkap bilik hotel Jin Guang |
Dah dapat lesson, aku snap nama jalan ni incase tak jumpa jalan balik nanti |
Setibanya
di situ, kami check in dan berehat. Selesa. Cari kiblat, solat jamak. Dalam pukul
2 lebih, kami pun dengan berbag-pack mulalah meneroka apa-apa jalan yang
terbentang dihadapan. Antara matlamatnya adalah The Bund. Sebab kalau ke
Shanghai, tak sah kalau tak ke situ. Mula-mula jalan jumpa bermacam-macam hotel
di kanan kiri lorong, gerai-gerai tepi jalan, sehinggalah jumpa satu jalan
besar.
Antara gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang streetwalking |
Persimpangan jalan besar yang aku ceritakan tu |
sebelah kiri ada bangunan ni |
Jalan besar yang aku maksudkan (setelah tukar arah kekanan) |
Besar daripada lorong yang kami sedang berada. Dan ramai sangat orang
lalu lalang kat situ. Tiada kenderaan. Hanya lautan manusia. So, kami daripada
jalan menegak bertukar arah kekanan (masuk jalan besar tadi tu). Meriah sungguh
jalan tu. Siap ada tram tapi tak tahulah dari mana dia datang dan kemana dia pergi. Kanan kiri memang
banyak bangunan tingi-tinggi. Hujan mula turun renyai-renyai. Bangunan pertama
yang kami cuba masuk adalah ‘Shanghai No.1 Departmental Store’.
Depan Shanghai Departmental Store. Itulah tram (kuning) yang aku maksudkan. Dan sister baju hijau tu jurujual yang jual roller yang aku ceritakan kat bawah. Dia jalan pakai roller tulah. |
Kedai buku dalam departmental store |
Ok. Aku jakun tengok benda ni. Macam instant growing plants lah. Bunga ada sayur-sayuran pun ada. Nak beli tapi 50-50. Last-last tak beli. Tak ingat pula berapa harganya. |
Dari tingkat
bawah, gigihlah kami naik sampai ke tingkat berapa entah. Tapi sekadar cuci
mata sahaja. Level bawah sekali semua kedai emas, level atas kasut, sweater,
buku dan bermacam-macam lagi. Purata harga tak adalah murah berbanding
Malaysia, lebih kurang. Lepas round-round sekejap, tak jumpa mana yang
berkenan, kami keluar dari situ. Teruskan berjalan dijalan besar tadi. Lalu di
depan ‘Brilliance Shimao International Plaza’, pak long kata sebelum ini dia
pernah makan kat restoran halal dalam bangunan tu.
Pintu tepi Brilliance Shimao International Plaza. M&M tu dalam banguna ni juga. Kat bawah nilah kami berhenti berehat |
Bawah bangunan tu, banyak
sangat jurujual (toys for fun). Bagi aku yang jakun ni, benda yang dijual tu
menarik, tapi sekadar suka tengok, belum terasa nak beli pun. Disebabkan pak
long aku penat, kami pun berehat kat bawah bangunan tu. Jurujual yang jual
roller yang dipasang pada kasut tu (tak tahulah aku nak menamakannya) sambil
dia pakai benda tu, dia promote pada kami. Sepanjang berjalan kat situ, dah
beberapa jurujual promote barang yang sama pada kami, tapi disebabkan kami
berhenti kat situ, banyaklah peluang dia mempromote. Siap test pasangkan kat
kasut pak long aku, tapi paklong tak lah test berjalan guna tu. Cuma dia
berminat nak belikan untuk anak dia. So dia offer untuk belikan aku satu (untuk
adik aku), dengan harapan beli 2 boleh dapat murah sikit. Tawar punya tawar
dapatlah harga 20yuan sepasang. Daripada asalnya entah 50, 40, 30, erkk 20
itupun aku rasa mahal jugak. Tapi paklong aku okay nak beli, aku ikut je. Tak lama
tu, seorang pakcik tukang polish kasut pulak tetiba datang offer nak polish kasut pak long aku. Paklong
aku cakap memang style dia macam tu. Nak cari sesuap nasi kan. Aku tanya harga tapi dah tak ingat pulak berapa. Masa polish macam
setuju harga sekian, lepas polish dia demand pulak. Tapi paklong aku memang tak
bagi can orang menipu, lagilah sebelum ni dia dah pernah polish kasut macam tu. Jadi
dia tetap bayar harga yang dia rasakan munasabah sahaja. Part-part macam ni,
aku tak perlu dah nak tunjuk courtesy dalam berbicara dengan tukang polish tu,
serah je kat pak long aku pandai-pandailah dia. Aku yang tak ada pengalaman ni,
kalau sendiri dalam situasi itu pun mungkin boleh kena tipu juga.
Yeah, inilah tukang polish kasut tersebut. Dan abaikan aku yang tengah duduk tak sopan tu. |
...to be continued.
Hehe, oklah setakat ini kan. Baca banyak sangat nanti muntah pulak. Batal puasa. Erk.
#Alhamdulillah