Assalamualaikum...
Salam 21 ramadhan untuk semua=)
Hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku melawat pusat jagaan warga emas di Semenyih, Kajang.
Mula-mula kawan aku yang merupakan orang kuat kelab JKQ (Jamiyyatu Khadamatil Quran) ajak pergi.
~TOUR DE RAMADHAN~
Aku yang dah lama teringin nak pergi pusat-pusat kebajikan macam ni terus setuju
sebelum pergi mulalah aku bayangkan suasana kat sana
wajah orang-orang tua seperti yang pernah aku tengok dalam tv (drama)
excited gak nak pergi...tapi nervous pun ada
aku bukan reti sangat nak beramah mesra dengan orang
kawan-kawan sebaya pun susah aku nak tegur kalau tak kenal
inikan pula yang pangkat pakcik-makcik, atuk-nenek...
tapi, inilah namanya pengalaman~<3
ok!tibalah di tempatnya, seriously aku tergamam
benda first yang aku nampak sebelum masuk rumah tu-->banner yang tertulis,
Pusat Jagaan Siti Noraini-Pusat Jagaan Warga Emas menempatkan orang-orang tua yang ditinggalkan waris di hospital...berdaftar dengan hospital kerajaan...bla.bla.bla.
lebih kurang macam itulah ayatnya (aku dah lupa=p)
ok cop..lain daripada yang aku bayangkan sebelum ini.
semua orang-orang tua kat sini ada penyakit
majoriti penyakit yang kronik!
Ya Allah~sayunya hati
nampak sendiri depan mata ayah-ayah (tiada pesakit kaum wanita di situ) yang ditinggalkan anak
dalam keadaan sakit dan tak terurus,
aku yang tengok pun dah luruh hati dan jantung
apatah lagi atuk-atuk kat situ yang merasa keperitan hidup sebegitu
mungkin ada yang tak ada waris...tapi tak ramai mana...
Masa itu, aku cuba untuk beramah mesra dengan beberapa orang
tapi kondusi sebahagian mereka...
ada yang lumpuh seluruh badan, bisu pekak, sakit tengkuk,tulang belakang
sambil berbual mereka menahan sakit
seriously aku cuma sempat mendekati beberapa orang je
tapi tak berbual apa, sebab kawan-kawan lain ada yang lebih peramah
aku just join je..cuma aku dapat urut-urut seorang atuk tu
em tu sajalah kepakaran yang aku ada untuk disumbang
Inilah pakcik yang aku urut tu...er lupalah namanya apa. |
Gambar-gambar bawah...kawan-kawan lain masa beramah mesra^.^
Kemudian, kita orang buat gotong-royong lepas solat asar
ada yang basuh akuarium, basuh tandas, masak-masak untuk bebuka puasa, main game dengan atuk-atuk
dan aku? bersihkan surau taman tu...>.<
Lepas tu, baca mathurat dan ready untuk buka puasa
buka dengan kurma+air+jeli sedap
lepas solat baru makan betul-betul....sedap kawan-kawan yang bahagian catering masak..
hehe~em ada juga yang tolong suapkan pakcik-pakcik ni makan...
ok.kemudian tibalah masa untuk kami pulang ke UIA tercinta<3
tapi sebelum tu, naib pengerusi pusat jagaan tu: DR Abdullah Noel bin Michael
story sikit asal usul wujudnya tempat tu..
Asalnya beliau juga pesakit yang mendapat rawatan di hospital
beliau lumpuh separuh belah kanan
sepanjang dia dirawat di sana, ada seorang pesakit sebelah katil namanya En.Kamal
pesakit yang lumpuh seluruh badan
dia tidak dapat menguruskan diri sendiri, hinggakan sometimes buang air besar di katil
keadaan itu tak menyenagkan beliau, hingga sampai satu tahap
terdetik di hati beliau rasa kesian dan perlu lakukan sesuatu untuk membantu
semenjak hari, beliau membantu En Kamal menguruskan diri
ulang alik ke toilet walaupun keadaan beliau sendiri tidak mengizinkan
tapi beliau bersyukur masih boleh mengesot ke toilet jika nak
dibandingkan dengan en Kamal.
dibandingkan dengan en Kamal.
itulah kebajikan pertama beliau kepada golongan sebegitu
Beliau juga tertanya-tanya, sepanjang dia dirawat di situ
tak pernah sekali beliau berjumpa ahli keluarga sanak saudara En Kamal melawatnya.
pernah beliau tanya pada jiran katilnya tentang keluarganya, ternyata en Kamal sudah berkahwin dan memiliki err....4 orang anak kalau tak silap
beliau kembali bersyukur kerana masih ada ahli keluarga yang menyayangi beliau
Beliau dirawat di hospital selama 3 bulan lebih dan
sebaik keluar dari situ beliau bertekad untuk menubuhkan satu tempat yang boleh membela nasib orang-orang tua yang sakit yang tiada siapa peduli
Oleh itu, tertubuhlah tempat ini sejak tahun 2010 yang lalu
beliau dan isteri serta anak-anak mereka sendiri adalah kakitangan
pusat jagaan ini pada mulanya
pusat jagaan ini pada mulanya
Beliau sekeluarga juga merupakan saudara baru yang sepatutnya mendapat bantuan
tetapi sebaliknya memberi bantuan kepada saudara-saudara seislamnya
yang tidak bernasib sebaiknya
tetapi sebaliknya memberi bantuan kepada saudara-saudara seislamnya
yang tidak bernasib sebaiknya
Alhamdulilah...aku kagum dengan beliau sekeluarga T_T
tidak ramai orang yang berhati mulia seperti ini
orang Islam sendiri tak ramai yang sanggup berbuat kebajikan macam beliau
Semoga Allah sentiasa kurniakan kekuatan, kelapangan, kesihatan, perlindungan serta rezeki yang luas kepada beliau sekeluarga....amiin Ya rabb...
Dr Abdullah mendapat gelaran doktor bukan disebabkan pelajaran akademiknya
tetapi kerana kemuliaan hati beliau
beliau dikurniakan gelaran DOCTOR OF HUMANITY <3
menyuntik kasih sayang kepada manusia yang memerlukan...
Dr. Abdullah cerita pakcik-pakcik kat sini tertunggu-tunggu kedatangan anak-anak mereka
berhidup sisa-sisa hari yang berbaki dengan kesepian
disaat-saat ajal menjemput, anak-anaklah diharap menyuntik ketenangan
asalkan dengar kenderaan lalu, bebunga-bunga hati mengharapkan anak yang datang
namun...harapan cuma tinggal harapan~
Oleh itu, sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih ada
jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita sejak kecil dulu
tidak pernah mengeluh dalam membesarkan kita
biarpun dalam kesempitan hidup namun tidak akan dibiarkan kita dalam kesempitan
kasih sayang...Tiada ibu bapa, tiadalah kita~
Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membuat sumbangan tidak kira dari segi kewangan atau tenaga
boleh berhubung dengan:
Dr. Abdullah Noel
No.23, Jln. Maju 2, Taman Maju, Semenyih 43000 Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-8733 8707
Email: dr.abdullahnoel@yahoo.com
CIMB Bank: 12670000233101
atau mahu mengetahui lebih lanjut tentang pusat jagaan ini sila ke:
website: www.sitinoraininursinghome.com
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau saudaranya kerana Allah,
nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: " Alangkah bagusnya engkau,
alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!"
-Hadith riwayat at Tirmidzi
wallahua'alam
selamat berpuasa~!^.^
Allahu akbar!
aliff 1001
No comments:
Post a Comment