Assalamualaikum^.^
Hari ini 21 Ramadhan dan aku masih berada di UIA
...dan menghitung hari nak balik~4 hari lagi
actually 4 hari tu jugalah aku akan menduduki kertas akhir untuk short sem kali ini
tetapi hati ini <3 sebenarnya sudah berada di rumah >.<
of coursela berada bersama keluarga adalah impian kebanyakan orang
lebih-lebih lagi dalam bulan puasa...dan tak lama lagi nak raya~!
Tapi tak mengapalah, bukan aku tak balik raya langsung,
cuma lambat sikit je, cuba bayangkan orang yang tak dapat balik raya kat kampung
sebab duduk/study kat oversea, tak dapat beli tiket bas nak balik kampung, atau sudah tak ada kampung untuk balik...erkk... =(
bersyukurlah!
ok. Sebenarnya entry ini aku nak kongsi pasal adat kat kampung aku
orang jawa seperti kami panggil MUNJUNG
munjung adalah suatu aktiviti memberi makanan yang dimasak sendiri untuk diagihkan kepada orang kampung sebagai sedekah.
Memang ini amalan yang semua orang buat bila tiba bulan Ramadhan
bersedekah makanan kepada orang lain
tapi kat kampung-kampung area Johor special sikitlah ;)
Mungkin benda ini adat, tapi bila diniatkan kerana Allah
insyallah menjadi ibadah
Aktiviti munjung biasa dibuat dalam satu hari
sehari sebelum munjung beli barang belanja (keperluan)
Mula masak biasanya dari pagi, lepas subuh
siap biasanya tengah hari, kalau cepat atau lauk simple
10 pagi dah boleh siap
tapi nak cepat-cepat pun buat apa...bukakan lama lagi
hehehe
Kombinasi makanan yang dimasak ikut suka, tapi kebiasaan:
Ketupat/ Nasi impit (macam kat gambar atas ni),
daging rendang, sayur lodeh, sambal goreng,
ayam (goreng atau masak kicap,masak merah..dll)
dan smbal tumis.
Tapi ikut kreativitilah, kadang-kadang tak cukup bajet
masak 2 jenis lauk pun dah ok. Yang banyak bajet
bagi nasi ayam, nasi tomato, nasi ayam penyet....pon boleh!
Yang malas nak masak, pakai khidmat catering pun bisa aja deh...
mentaliti orang...asal ada bagi dalam satu hari sepanjang bulan puasa..
kalau tak bagi...erm macam pelik sikitlah.
Gambar-gambar bawah bila tiba masa packing
aktiviti ni biasa dilakukan area lepas zohor
sebab lepas asar dah boleh agih-agihkan makanan
ok! bila dah siap packing, mulalah bagi tugas menghantar
lagi ramai orang yang menghantar lagi bagus
sebab banyak tempat kot nak kena hantar
satu kampung je dah 40 lebih orang
belum saudara mara atau kawan-kawan yang tak duduk satu kampung
Jadi biasa sebelum proses mengagih makanan
nama-nama orang yang nak diberi akan disenarai pendek
dan nak mudah tulis nama kat bungkusan tu (macam gambar atas ni..hehe)
tapi orang yang nak menghantar seperti aku contohnya
kena diberi taklimatlah, sebab aku tak kenal sangat orang-orang kampung kat sini
nama tak kenal, rumah pun tak tahu
nak selamat pergi hantar dengan orang yang tahu ok?! >.<
So, kalau kebetulan orang yang kita bagi tu munjung juga hari tu
Alhamdulilah...bertukar makananlah kita
Kadang-kadang orang yang kita nak bagi tak ada kat rumah
atau terlepas pandang dalam senarai pendek
jadi, kemungkinan kita buat munjung lagi sekali tu adalah...
cuma masak tak banyak macam kali pertama
Pendek kata, kalau setiap keluarga dalam kampung buat munjung lain-lain hari
sepanjang bulan Ramadhan...tak payah masak buka pun tak apa dah!
lauk dah banyak maa...setiap hari ada je orang munjung~
kadang-kadang sehari sampai 4, 5 bungkusan punjungan (makanan munjung)
Alhamdulilah....syukur..rezeki di bulan berkat...
Tapi disebalik kelebihan munjung...kena ingat beberapa perkara:
*Bila kita tak mampu, tak perlu ada-adakan sampai kita perlu berhutang
tak dapat bagi semua orang pun tak apa asal beri
tak dapat bagi banyak pun tak apa asal beri
*Bila lebih daripada mampu, jangan pula kita berlebih-lebihan (beri makanan)
beri makanan sesuai dengan isi rumah tu,
dibimbangi kalau terlebih makanan itu akan dibaziri
dibuang jika tak habis dimakan atau basi
(kalau nak bagi duit, berlebihan-lebihan pun tak apa)
*Bila sudah beri, jangan pula menunjuk-nunjuk atau mengungkit-ungkit
apa yang kita beri, semua Allah punya =)
*Bagi yang menerima pula, jangan tamak
kalau banyak sangat orang beri
beri semula kepada yang lebih memerlukan
kalau makanan yang diberi tak sedap, jangan merungut
tapi bersyukur...ada yang tidak dapat makan langsung tahu?
wallahua'lam
selamat berpuasa & selamat mencari malam terbaik dari 1000 bulan
aliff 1001=)
No comments:
Post a Comment