Wednesday, 1 May 2013

Memori Bukit Broga

Assalamualaikum

Pernah panjat gunung? bukit?
Hehe...aku rasa macam pernah tapi tak pernahlah pergi secara khusus
contohnya pergi 'Jungle Trekking' di hutan
sambil-sambil meredah hutan ada kena panjat-panjat bukit
ataupun panjat bukit guna tangga
contoh kawasan-kawasan pusat rekreasi air terjun
ataupun bukit mahallah nusaibah yang agak tinggi jugalah
Tapi kali ini aku nak cerita pengalaman aku
panjat Bukit Broga~Semenyih
28042013

Aku tak rancang pun nak ke sini
kawan aku (Zila & Hana) yang join mula-mula
Interactive Ranger Club IIUM yang anjurkan
(info: semua ahli dalam kelab ini adalah wanita)
aku merajuk diorang tak ajak...jadi mereka pun daftarkan nama aku
sebelum ni pernah dengar je...mahu juga tengok rupa
jadi..
huyyeay!ini kalilah!

Program hari Ahad, tapi kena bertolak pukul 4 
sebab mahu tengok suasana matahari terbit
sampai sana...ramai sungguh! sebab Ahad kan...
panjat bukit perlu guna lampu suluh sebab hari masih gelap
pelbagai lingkungan usia ada...ramai juga budak-budak kecil
wahh!kuat betul semangat
kita orang sampai di kaki bukit pertama...(jumlah ada tiga bukit)
sudah keletihan yang amat!
Zila yang paling tak sampai hati aku tengok
huuhu..jadi aku, zila, dan hana berhenti di separuh perjalanan bukit pertama tu
bulan di kala subuh
kawan-kawan yang lain jalan dahulu lagi pula waktu Subuh dah nak masuk
solat di atas puncak bukit pertama itu...ada kawasan lapang sikit
ambil wuduk guna air mineral yang dibawa, solat beralaskan suratkhabar
tapi yang indahnya...suasana subuh di atas puncak bukit yang nyaman
Subhanallah!
lepas solat subuh semua gerak ke bukit kedua dan ketiga
tapi kita orang hanya stay menunggu di bukit pertama itu sebab
sudah tidak sanggup!
jadi tidak mengapalah walaupun tak dapat nikmati keindahan matahari terbit pun
hehehe!

Permandangan dari tempat kita orang stay pun sudah begitu cantik
Subhanallah! cantiknyerrr
Kat  situ curam tempatnya, 
tapi kita orang buat port kat atas satu besar
perhatikan gelagat-gelagat orang sambil berehat
menikmati keindahan ciptaan Ilahi~!



orang ramai bertali arus (pemandangan bawah dari batu besar yang kita orang stay)


kecik bukan sembarang kecik


detik-detik matahari terbit


pemandangan bukit satu dari bukit dua (gambar dari kawan-kawan lain)

Akhirnya, lama punya lama menunggu yang lain turun
kita orang turun dulu dan tunggu di bas

hehe~itu baru bukit...gunung?
Masyallah...kena polish stamina dulu ni
balik dari panjat bukit...kita orang tiga-tiga hadapi masalah kekejangan
dua tiga hari jugalah..haha!
walaupun ada buat warm-up tapi kalau sudah memang karat
nah! hambik.. -_-'

akhirnya~kegembiraan yang terserlah setelah keluar dari kesengsaraan..peace ;)
Kat sana ramai kaum lelaki
yelah~mereka kaum yang lebih kental fizikalnya
jadi kaum perempuan kalau nak panjat bukit ke gunung ke
saranan aku...pergi dengan kaum lelaki yang mahram kita
supaya mereka boleh tolong jaga dan lindungi kita
atas dasar keselamatan & kesejahteraan alam sejagat
kalau tak ada lebih baik duduk di rumah
buat senaman lain yang boleh meningkatkan kesihatan
berkebun ke...cuci tandas...dan pelbagai lagi aktiviti boleh buat

Tapi sekali sekala keluar terokai keindahan alam
memang sangat disarankan
nikmati sambil hayati kekuasaan Allah
disebalik semua penciptaan yang hebat~
pasti ada kewujudan Yang Maha Hebat!
Penghayatan yang sukar diperolehi tanpa 'tadabbur' alam 
Allah ciptaan semua itu bukan sia-sia
tapi untuk hamba-hambanya berfikir...dan berfikir
sehingga bertambah keyakinan kita pada-Nya
kerana bukti-bukti yang cukup banyak

"NIKMAT TUHANMU YANG MANA KAMU DUSTAKAN" 





Wallahua'lam
Sekian 
Wassalam :)
Aliff1001Memori


No comments:

Post a Comment