Monday, 27 June 2011

Yang mampu kalahkan 7...

Siapa yang mampu kalahkan API???
...jawapannya ialah 
ANGIN.
kerana angin bisa memadamkan api.
Lalu siapa yang mampu kalahkan ANGIN?
...jawapannya ialah 
AIR.
kerana sekuat mana angin bertiup tatkala hujan turun, angin jadi lemah.

Lalu siapa pula yang mampu kalahkan AIR?
...jawapannya ialah 
TANAH.
kerana tanah bisa menimbuskan air, contohnya becak.
Siapa yang mampu kalahkan TANAH?
...jawapannya ialah 
MANUSIA.
kerana diberi segunung mana pun tanah manusia mampu meratakannya.
Siapa yang mampu kalahkan MANUSIA?
...jawapannya ialah 
  MENGANTUK.
kerana manusia apabila sudah mengantuk, dia akan jadi tak berupaya.
Siapa yang mampu kalahkan MENGANTUK?
...jawapannya ialah 
SUSAH HATI.
kerana walaupun terlalu mengantuk, jika seseorang itu sedang bersusah hati, 
pasti mengantuk dapat ditahan.
Siapa pula yang mampu kalahkan SUSAH HATI?
...jawapannya ialah 
SABAR!
kerana jika seseorang yang sedang bersusah hati itu bersabar...
pasti dia dapat mengalahkan semua perkara di atas, insyAllah...

Jadi, walau apapun jua keadaan, bersabarlah! 
kerana sabar itu separuh daripada iman...^_^

Sunday, 26 June 2011

Carli Caplin?

Salamun'alaik...

KISAH CARLI CAPLIN!
Ada sesiapa kenal siapakah Carli Caplin?
hehehe
sangat menarik nama ini~
bila aku search di internet
gambar inilah yang banyak muncul!


Beliau adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris.
Aku tak pastilah inikah Carli Carplin yang diceritakan itu atau bukan,
tapi mungkin juga kisah yang aku mahu ceritakan ini rekaan dia.


Kisah ini aku dengar dari ayah aku...

kisah seorang budak lelaki
menangis pada malam raya
kerana seluar rayanya terlebih panjang dari kakinya
pada ketika itu, seorang pun tidak mempedulikannya.

Hinggalah pada malam itu, ketika semua orang sedang nyenyak tidur,
seorang daripada kakak budak itu tidak dapat tidur
kerana teringat perihal seluar yang panjang itu dan berasa kasihan akan adiknya.
Dia pun memotong sedikit seluar itu lalu menjahit semula.
Setelah itu, dia kembali tidur.

Kemudian, seorang lagi kakak budak itu terbangun,
teringat hal yang sama dengan orang tadi,
lalu dia pun membuat perkara yang sama.
Memotong sedikit seluar tersebut dan menjahitnya semula.
Setelah siap dia juga kembali ke biliknya untuk tidur.

Begitulah yang terjadi pada satu malam itu.
Berulang hal sama kepada lima orang ahli keluarga budak itu.
Sehinggalah keesokan paginya, 
alangkah terkejut si budak itu apabila mendapati seluarnya sudah menjadi
lebih pendek dari saiz kakinya!!!

hehehe~tamat.

Moral:
Pekalah dengan apa yang berlaku di sekitar kita,
jika ada yang kita boleh tolong segeralah membantu, 
terutama golongan lebih muda dan tua.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Fikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan, 
tetapi janganlah pula berfikir terlalu lama sehingga tidak juga bertindak.

wallahua'lam.
 aliff1000^_^




Wednesday, 15 June 2011

Ada apa dengan...tudung labuh?

Ada apa dengan tudung labuh!?
a.k.a mini telekung...




Ini cuma sekadar perkongsian
bukanlah mahu memuji atau memburukkan sesiapa
tapi hanya untuk berkongsi pendapat-pendapat
dari si pemakai2 tudung labuh 

kenapa mereka memilih tudung labuh daripada fashion tudung2 lain yg ada di muka bumi ini?

  • Cukup syarat: Labuh hingga menutupi dada, tidak tipis, tidak jarang dan tidak nampak bentuk leher atau bonggol. Bukankah itu kriteria tudung dalam islam?                                                                                              
  • Selamat: Si pemakai akan berasa selamat dengan tertutupnya kawasan 'zon bahaya'. Bayangkan saja makanan yang terdedah tanpa ditutupi tudung saji. Makanan itu sendiri pasti tidak berasa selamat kerana kemungkinan diserang haiwan, serangga ataupun manusia sendiri.                                                                                                                                                                                                     
  • Mudah: Cara pemakaiannya pun amat mudah! Tidak perlu dipin sana sini. Hanya perlu sarung di kepala dan lipat bahagian dikanan dan kiri muka. Jimat masa!                                            
  • Tidak menarik:Tidak menarik kerana tudung ini biasanya hanya ada satu warna, tiada hiasan-hiasan manik atau bunga-bungaan (ada juga yang ada tapi sedikit). Menampakkan kita tidak menarik pada pandangan bukan mahram, bukankah itu yang dituntut? Kita tidak perlukan pujian dari golongan tersebut. Menarik di hadapan suami  pasti lebih menggembirakan!=)                                                                                          
  • Kemas:Walaupun kita akan kelihatan tidak menarik tapi tudung ini membuatkan kita nampak lebih kemas sebenarnya. Berbanding dengan tudung yang perlu dililit-lilit di leher. Jika tidak mahir melilitnya penampilan akan nampak serabut, orang yang tengok pun akan terasa rimas.                                                                                                  
  • Sesuai dengan pelbagai cuaca: Bila waktu sejuk, kurang sedikit rasa sejuk kerana ada kain lebih yang melindungi. Bila waktu panas, ada kain lebih untuk mengipas-ngipas badan^_^.Cuma janganlah kipas terlalu melampau hingga menampakkan apa yang tersirat. Biarlah panas di dunia, jangan panas di akhirat.          
  • Mampu mencegah perbuatan yang tidak elok: Mungkin tidak banyak pemakai tudung labuh berpendapat begini, namun ada sebahagiannya menyokong. Secara ringkasnya, mahukah kamu masuk ke 'pub' atau 'disko' dengan tudung labuh?  Ataupun tidak malukah kamu masuk ke panggung wayang dengan memakai tudung labuh? Pasti ada mata yang melihat janggal bukan? Walaupun hakikatnya pakaian tidak melambangkan perangai...tetapi secara logiknya memang mampu mencegah.


Namun begitu, setiap orang ada pandangan masing-masing.
Tidaklah aku menulis entry ini kerana aku bencikan tudung tidak labuh.
Kerana biarpun apapun tudung yang kita pakai,
paling penting 'cukup syarat' dan niat haruslah betul.
Jangan perbuatan kita yang memakai tudung itu,
akhirnya hanya menjadi sia-sia sahaja.
Ada yang sudah bertudung (biasa @ labuh), 
sayangnya perangai pula menjadi fitnah kepada tudung yang dipakai
Tepuk dada, tanya iman...
sudah ikut syarat atau belum tudung yang dipakai dan perangai yang dipertontonkan.
Namun jangan pula tunggu perangai 'sempurna', baru mahu pakai tudung...
...kerana itu pasti mustahil.

Ingatlah, kecantikan zahir itu hanya sementara bahkan suatu pinjaman.
Kecantikan hati jua yang bermanfaat kelak.=)

sekian.wallahua'lam.
 aliff1000^_^



Friday, 10 June 2011

Rengit season!

Salam...
entry for this time aku nak tulis pasal satu tempat yang bernama...
RENGIT!!!
hohoho..aku tak pasti apa status tempat ni
pekan? or bandar?
yang pasti ianya bukanlah sebuah kampung, daerah atau negeri...
apatah lagi negara...

Rengit ni terletak di daerah Batu Pahat, Johor.
pada aku tempat ni memang xjauh...(daripada rumah aku)
tak sampai 1 jam...tapi kalau nak tidur tu sempat je.
Rengit antara tempat yang famous
mungkin tak berapa sesuai nak dikata tempat pelancongan
tapi rengit tetap dianggap special
bukan sahaja dalam kalangan orang BP, 
mungkin juga orang2 luar yang pernah mengunjungi tempat ni
sebut je RENGIT.....
dah terbayang segala macam jenis BARANGAN TERPAKAI~!







Ya...itulah keistimewaan Rengit...
yang diberi mandat oleh kerajaan sebagai tempat pengumpulan
barang2 terpakai dari Singapura sejak dulu kala
(erm..mungkin melampau untuk aku katakan 'dulu kala'..yang penting dah lama jugala..)
tapi katanya hak menjual untuk orang2 asli kat situ je
aku pon tak pasti kesahihannya, 
tapi memang penjual2 kat situ hampir 100 peratus muka kuala...(bukan kuala lumpur)
wow...dari Singapura tuu..mata wang dia sendiri lebih tinggi dari Malaysia
mestilah barang2 dia pun kaw2 punyaa...
bila orang dah datang ke Rengit, tengok sendiri barang2 ni...
mesti korang akan terfikir...
"Padanlah Singapura boleh jadi negara bersih...semua barang dah tak guna, longgok kat sini!"


Tapi memang diakui oleh sirim la barang2nya
nama je barang terpakai...
tp barang2 yang belum pernah pakai pon ada...
erm aku agak jela..sebab memang banyak je barang2 yang nampak baru dibeli 
daripada kedai!
Apa yang ada kat sana?
Perabut ada...alat2 elektrik ada...alatan sukan ada...kasut2 ada...beg2 ada...
langsir ada...bantal ada...hiasan2 rumah ada...fuhh pendek kata
macam-macam ada...!!!
murah2 pula tu...
(cuma taklah terus dapat harga murah...kena pandai2 tawarlaa..hehe)

tapi barang2 yang biasa dijual di kedai runcit confirmla tak ada...
jadi jangan susah2 datang Rengit...
semata-mata nak cari belacan, lobak, pensil mekanikal...or apa2yang tak munasabah!
overall, taklah semua barang2 disana masih dalam keadaan baik, 
lengkap, berkualiti dan murah...
itu semua bergantung pada sesuatu faktor
antaranya tempoh barang tu berada kat situ
barang baru dari Singapura sampai tak menentu
so, nasiblah siapa datang time barang baru sampai..potensi nak dapat barang baik tinggi
tapi harga berpotensi untuk dapat macam kat kedai
dan macam tu juga sebaliknya...
ikut kreativiti dan chemical relation antara penjual dan pembelilah...>.<

Family aku pula antara family yang menjadi pelanggan tetap Rengit
dah macam annual event pula...setiap tahun mesti pergi
bila dah pergi sekali...dalam bulan tu mesti ada pergi lagi
mula2 tu cari barang keperluan...tapi pergi yang kali kedua, ketiga
dah jadi barang kehendak pulak...
dan awal cuti sekolah setengah tahun hari itu
menjadi titik permulaan 'rengit season' family aku...huhuhu
dan semalam kali ketiga kitorang ke sana...
Ada juga datang sana dengan niat nak jalan2...tengok2...
tapi...boleh tahan ke?
haha..at least satu barang sekalipon mesti ada angkut ke rumah punyalah...
melainkan tak bawa duit sesen pon!=p
haa..lagi satu..
kebanyakkan barang2 kat sana 'pelik2'
'pelik' tu bukanlah macam kita jumpa orang berkaki kat atas berkepala kat bawah
istilah 'pelik' kat sini lebih kepada...canggih kot.
paling2 pon korang akan terfikir.."barang macam ini pon ada?" 
sampai pernah juga kitorang datang sana semata-mata nak cari benda 'pelik2'
haii..pelik-pelik....
tapi itula yang sebenarnya berlaku
bila aku tengok balik isi perut rumah aku...hermm
banyak juga barang2 rengit!hehe...=)
Inilah barang-barang yang sempat diborong pada musim kali ini..=RM300!

Conclusionnya:
Secara logiknya...kalau tak ada angin masakan pokok pelam bergoyang
kecuali ada yang menggoyangkannya sebab nak gugurkan si buah pelam...
ah..buah2 sekarang dah pandai, mana mungkin gugur semudah itu
so, kalau tak betul rengit tu memang ada barang2 terpakai yang bagus2
masakan orang2 banyak memperkatakan tentang kebagusannya tu...
mehla datang rengit....
tengok dan rasailah sendiri pengalaman berada di Rengit
lagilah kalau datang dari jauh...paling2 pon snapla beberapa picture korang bersama
barang2 tersebut atau pekedai2 disana,
itu cukup membuatkan penat kamu drive dari jauh...hilang dibawa angin sungai rengit
biarlah ada yang nak memperkatakan Rengit tu cuma "indah khabar dari rupa"
yang penting tanpa orang itu...
Rengit tetap evergreen dihati peminat2 barang2 terpakai....!
hidup Rengit!!!!^_^