Salamun'alaik...
KISAH CARLI CAPLIN!
Ada sesiapa kenal siapakah Carli Caplin?
hehehe
sangat menarik nama ini~
bila aku search di internet
gambar inilah yang banyak muncul!
Beliau adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris.
Aku tak pastilah inikah Carli Carplin yang diceritakan itu atau bukan,
tapi mungkin juga kisah yang aku mahu ceritakan ini rekaan dia.
Kisah ini aku dengar dari ayah aku...
kisah seorang budak lelaki
menangis pada malam raya
kerana seluar rayanya terlebih panjang dari kakinya
pada ketika itu, seorang pun tidak mempedulikannya.
Hinggalah pada malam itu, ketika semua orang sedang nyenyak tidur,
seorang daripada kakak budak itu tidak dapat tidur
kerana teringat perihal seluar yang panjang itu dan berasa kasihan akan adiknya.
Dia pun memotong sedikit seluar itu lalu menjahit semula.
Setelah itu, dia kembali tidur.
Kemudian, seorang lagi kakak budak itu terbangun,
teringat hal yang sama dengan orang tadi,
lalu dia pun membuat perkara yang sama.
Memotong sedikit seluar tersebut dan menjahitnya semula.
Setelah siap dia juga kembali ke biliknya untuk tidur.
Begitulah yang terjadi pada satu malam itu.
Berulang hal sama kepada lima orang ahli keluarga budak itu.
Sehinggalah keesokan paginya,
alangkah terkejut si budak itu apabila mendapati seluarnya sudah menjadi
lebih pendek dari saiz kakinya!!!
hehehe~tamat.
Moral:
Pekalah dengan apa yang berlaku di sekitar kita,
jika ada yang kita boleh tolong segeralah membantu,
terutama golongan lebih muda dan tua.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Fikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan,
tetapi janganlah pula berfikir terlalu lama sehingga tidak juga bertindak.
wallahua'lam.
aliff1000^_^
No comments:
Post a Comment