Monday, 27 June 2011

Yang mampu kalahkan 7...

Siapa yang mampu kalahkan API???
...jawapannya ialah 
ANGIN.
kerana angin bisa memadamkan api.
Lalu siapa yang mampu kalahkan ANGIN?
...jawapannya ialah 
AIR.
kerana sekuat mana angin bertiup tatkala hujan turun, angin jadi lemah.

Lalu siapa pula yang mampu kalahkan AIR?
...jawapannya ialah 
TANAH.
kerana tanah bisa menimbuskan air, contohnya becak.
Siapa yang mampu kalahkan TANAH?
...jawapannya ialah 
MANUSIA.
kerana diberi segunung mana pun tanah manusia mampu meratakannya.
Siapa yang mampu kalahkan MANUSIA?
...jawapannya ialah 
  MENGANTUK.
kerana manusia apabila sudah mengantuk, dia akan jadi tak berupaya.
Siapa yang mampu kalahkan MENGANTUK?
...jawapannya ialah 
SUSAH HATI.
kerana walaupun terlalu mengantuk, jika seseorang itu sedang bersusah hati, 
pasti mengantuk dapat ditahan.
Siapa pula yang mampu kalahkan SUSAH HATI?
...jawapannya ialah 
SABAR!
kerana jika seseorang yang sedang bersusah hati itu bersabar...
pasti dia dapat mengalahkan semua perkara di atas, insyAllah...

Jadi, walau apapun jua keadaan, bersabarlah! 
kerana sabar itu separuh daripada iman...^_^

No comments:

Post a Comment