Wednesday, 15 June 2011

Ada apa dengan...tudung labuh?

Ada apa dengan tudung labuh!?
a.k.a mini telekung...




Ini cuma sekadar perkongsian
bukanlah mahu memuji atau memburukkan sesiapa
tapi hanya untuk berkongsi pendapat-pendapat
dari si pemakai2 tudung labuh 

kenapa mereka memilih tudung labuh daripada fashion tudung2 lain yg ada di muka bumi ini?

  • Cukup syarat: Labuh hingga menutupi dada, tidak tipis, tidak jarang dan tidak nampak bentuk leher atau bonggol. Bukankah itu kriteria tudung dalam islam?                                                                                              
  • Selamat: Si pemakai akan berasa selamat dengan tertutupnya kawasan 'zon bahaya'. Bayangkan saja makanan yang terdedah tanpa ditutupi tudung saji. Makanan itu sendiri pasti tidak berasa selamat kerana kemungkinan diserang haiwan, serangga ataupun manusia sendiri.                                                                                                                                                                                                     
  • Mudah: Cara pemakaiannya pun amat mudah! Tidak perlu dipin sana sini. Hanya perlu sarung di kepala dan lipat bahagian dikanan dan kiri muka. Jimat masa!                                            
  • Tidak menarik:Tidak menarik kerana tudung ini biasanya hanya ada satu warna, tiada hiasan-hiasan manik atau bunga-bungaan (ada juga yang ada tapi sedikit). Menampakkan kita tidak menarik pada pandangan bukan mahram, bukankah itu yang dituntut? Kita tidak perlukan pujian dari golongan tersebut. Menarik di hadapan suami  pasti lebih menggembirakan!=)                                                                                          
  • Kemas:Walaupun kita akan kelihatan tidak menarik tapi tudung ini membuatkan kita nampak lebih kemas sebenarnya. Berbanding dengan tudung yang perlu dililit-lilit di leher. Jika tidak mahir melilitnya penampilan akan nampak serabut, orang yang tengok pun akan terasa rimas.                                                                                                  
  • Sesuai dengan pelbagai cuaca: Bila waktu sejuk, kurang sedikit rasa sejuk kerana ada kain lebih yang melindungi. Bila waktu panas, ada kain lebih untuk mengipas-ngipas badan^_^.Cuma janganlah kipas terlalu melampau hingga menampakkan apa yang tersirat. Biarlah panas di dunia, jangan panas di akhirat.          
  • Mampu mencegah perbuatan yang tidak elok: Mungkin tidak banyak pemakai tudung labuh berpendapat begini, namun ada sebahagiannya menyokong. Secara ringkasnya, mahukah kamu masuk ke 'pub' atau 'disko' dengan tudung labuh?  Ataupun tidak malukah kamu masuk ke panggung wayang dengan memakai tudung labuh? Pasti ada mata yang melihat janggal bukan? Walaupun hakikatnya pakaian tidak melambangkan perangai...tetapi secara logiknya memang mampu mencegah.


Namun begitu, setiap orang ada pandangan masing-masing.
Tidaklah aku menulis entry ini kerana aku bencikan tudung tidak labuh.
Kerana biarpun apapun tudung yang kita pakai,
paling penting 'cukup syarat' dan niat haruslah betul.
Jangan perbuatan kita yang memakai tudung itu,
akhirnya hanya menjadi sia-sia sahaja.
Ada yang sudah bertudung (biasa @ labuh), 
sayangnya perangai pula menjadi fitnah kepada tudung yang dipakai
Tepuk dada, tanya iman...
sudah ikut syarat atau belum tudung yang dipakai dan perangai yang dipertontonkan.
Namun jangan pula tunggu perangai 'sempurna', baru mahu pakai tudung...
...kerana itu pasti mustahil.

Ingatlah, kecantikan zahir itu hanya sementara bahkan suatu pinjaman.
Kecantikan hati jua yang bermanfaat kelak.=)

sekian.wallahua'lam.
 aliff1000^_^



No comments:

Post a Comment