Monday, 30 May 2011

Ambillah iktibar dari kata pujangga


"Ada dua perkara yang patut kita lupai...
kebaikan kita pada orang lain
dan keburukan orang lain pada kita

juga ada dua perkara yang patut ingati...
kebaikan orang pada kita
dan keburukan kita pada orang lain..."

kata-kata hikmah yang aku petik dari sebuah filem indonesia "sang murabbi"...
bila kata2 ini betul-betul kita renung dan resapkan dalam diri
insyallah mungkin sahaja keamanan akan tercipta...!

Apa saja kebaikan yang kita buat...lupakan sajalah, 
kerana bila kita ingat, xmustahil kita akan ungkit pada satu masa nanti
lagipun tidak perlulah kita risau tentang ganjaran untuk itu, 
kerana Allah Maha Melihat, Mengetahui, Adil dan sebagainya,
sedikitpun tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah...

begitu juga dengan segala keburukan orang pada kita, 
bukankah semua orang ada keburukan masing2 termasuk kita,
jangan peram dendam, pasti jiwa sendiri yang merana
...maafkan sajalah segala kekhilafan mereka, xrugi bukan?
sedangkan jendela maaf Allah selalu terbuka luas untuk hambaNya, apatah lagi kita?
selayak manakah kita mahu menghukum mereka? serahkan saja pada Allah...

keburukan kita pada orang jangan pula dilupakan
selagi maaf tidak dihulur, kesalahan tidak diperbetulkan
jangan ambil keputusan untuk berdiam diri,
ingatlah orang itu mungkin saja tergolong dalam golongan yang teraniaya
sedangkan golongan itu telah kita sedia maklum kemakbulan doa-doanya
mahukah kita terima derita tunai di dunia ataupun azab berganda di akhirat?

juga kebaikan orang pada kita...kenanglah sehingga akhir hayat kita
yang boleh dibalas budinya, balaslah sehabis mungkin
yang tidak terbalas pula, yakinlah balasan Allah buat mereka pasti lumayan
biarpun kebaikan yang dilakukan untuk kita hanya sebesar biji sawi
penghakiman Allah jua adil lagi saksama...


*sebenarnya banyak lagi kata-kata hikmah yang bisa kita jadikan prinsip hidup
biarpun cuma sebaris, asalkan kita amalkan bersungguh2...itu sudah sangat hebat bukan?


kisah ayah, anak dan keldai...

Salam...
hari ni nak kongsi satu cerita
xpasti apa tajuknya...tapi cerita ni memang famous
siapa yang da tahu jadikanlah peringatan
siapa yang belum tahu jadikanlah ilmu baru ni teladan
kisah ni mungkin ada pelbagai versi...
dan yang ni versi ringkas yang saya dengar dari seorang ustaz 
berasal dari Lampung, Indonesia.
jom baca cerita ni!

Pada suatu masa dahulu, 
ada seorang ayah bersama anak lelaki dan keldainya dalam perjalanan ke suatu tempat
si anak duduk di atas keldai, manakala si ayah berjalan memimpin keldai itu
si ayah berkata pada anaknya: "Nak, kamu dengarkan ya apa orang akan kata nanti..." 
ternyata beberapa minit berjalan, 
mereka terdengar seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
"Apalah si anak tu, ayahnya dibiarkan berjalan, sedangkan dia duduk bersenang lenang di atas keldai...kurang ajar!"
si ayah pun bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"kurang ajar, ayah." kata si anak.

"Baiklah, kalau begitu cuba begini pula."
kali ini si ayah yang duduk di atas keldai itu, anaknya pula yang jalan memimpin keldai.
si ayah sekali lagi berkata pada anaknya:
"Nak, kamu dengarkan ya apa orang akan kata nanti..." 
 beberapa minit berjalan, 
mereka terdengar lagi seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
"sungguh tak patut ayahnya itu, dibiarkan anaknya berjalan, dia pula duduk di atas keldai...kejam!"
si ayah pun bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"kejam, ayah." kata si anak.

"Baiklah, kalau begitu cuba begini pula."
si ayah menyuruh anaknya turut naik ke atas keldai itu dan mereka menyambung perjalanan
baru beberapa langkah, mereka terdengar lagi ada orang kampung berkata:
 "Apalah mereka berdua tu, keldai yang kecil dinaiki berdua......zalim!"
seperti biasa si ayah bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"zalim, ayah." kata si anak.

"Baiklah, kalau begitu cuba kita berdua sama-sama turun memimpin keldai ini. 
Tengok apa kata mereka."
Setelah berjalan sebentar, beberapa orang berbisik sesama mereka.
"Kenapalah mereka tu, ada keldai tapi tidak dinaiki...bodoh!"
si ayah bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"bodoh, ayah." kata si anak.

kata si ayah: "baiklah, kali ini kita berdua pikul keldai ni, 
kita dengarkan lagi apa kata mereka."
belum beberapa langkah, kedengaran ada orang yang berkata:
" Ha? buang tabiat agaknya mereka berdua tu, keldai untuk dinaiki, 
ini malah dipikul...gila!"


>.<
memang xfaham betul kat orang-orang yang mengata tu
semua serba x kena
buat apa pun tetap dikutuk
kurang ajar-kejam-zalim-bodoh...last2 gila pon kena!


Conclusionnya:
Tu la mulut orang...xpernah berhenti untuk berkata-kata
ataupun mengata.
Kita kalau hidup dimuka bumi ni, bila nak buat sesuatu
tak perlulah terlalu memikirkan
apa yang orang akan kata...
daripada begitu, lebih baik 
kita fikirkan apa yang Allah akan kata
hidup pasti diberkati...
ya, tak semua kata-kata orang kita kena tolak ke tepi
mungkin ada kata-kata orang yang boleh kita pakai sebagai
nasihat, pembakar semangat, teladan...
tetapi tetap kita perlu berhati-hati sentiasa,
ada juga kata-kata yang bertindak sebaliknya...
silap-silap boleh memakan diri kita sendiri
ingat! yang memberi kehidupan tu Allah 
bukanlah orang2 disekeliling kita
biarlah kita menjadi orang yang ganjil 
dengan tidak mengikut kata orang
kerana...
"Islam itu bermula dengan terasing dan akan berakhir dengan terasing,
maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu..."


wallahua'lam
aliff1000












Monday, 16 May 2011

Terima Kasih Cikgu!


Salam...


Sempena hari guru 2011 nie..

aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang x terhingga
amnya untuk cikgu2 1 malaysia..
n khususnya untuk barisan cikgu2 aku
masa TADIKA ANNLING dulu..
(da pencen da ckg2 tu,tadika ni pon da dbubarkan ganti pre-school..)
n ckg2 kat SJKC YANI, SA SERI TELOK, SMAKJ, SA BDR KLUANG 2,
MAAHAD JOHOR,last but not least lecturer2 kat UIAM...
cikgu2 tusyen, cikgu2 motivasi...

...yang pernah mengajar aku secara formal ataupun tidak..
yang mengajar ilmu dunia ataupun akhirat

yang masih hidup or telah meninggal (al-fatihah)
yang suka aku ataupun tidak

asalkan ilmu2 tu diredai dan berguna
dalam proses mendidik aku menjadi seorang manusia
kamu tetap guru terbaik bagiku...
biarpun namamu xdapat nak diingat dengan jelas dan terperinci
tapi jasamu tetap dihati...<3


wish u all...
HAPPY TEACHER DAY
THANK YOU VERY MUCH!
MAY ALLAH BLESS U `ALL ALWAYS~AMIIN..!

So dikesempatan ni,to my beloved teachers..
i`m sorry dont wish u on this special day personally..
but this is for you...
merangkaknya aku, kau bukakan jalan
agar aku  nampak jauh dekat perjalanan
berjalannya aku, kau perhiaskan taman
agar aku nampak indahnya alam
berlarinya aku, kau tetapkan perhatian
agar aku tiba didestinasi yang kuidamkan
terbangnya aku, kau riang melambai
tersenyum puas melihat impianku tercapai
sedangkan keringatmu tidak pula dapatku sejenak renungkan
sejerih mana kau pertaruhkan...


aliff1000













Sunday, 8 May 2011

Mari Bersyukur!!!

Alhamdulilah!!!
Terima Kasih ya Allah!
setelah aku berusaha selama 2 sem + bantuan Allah..
akhirnya aku pass gak...hehehe

dan yang buat aku bertambah gembira
classmate aku yang lain SECTION10...semunya pass gak!


Alhamdulilah..Allah makbulkan doa2 kami...>.<





moga kejayaan aku n kawan2 diberkati dan diredai
moga dipermudahkan mengharungi jalan2 seterusnya
amiin!
perjuangan baru bermula...!!

sebut pasal bersyukur, aku teringat 1 nasyid ni...
xpastila sape munsyid nye
seingat nasyid ni product NADA MURNI..

Hari ini kita bersyukur
Hari esok tambahkan kesyukuran
Dengan nikmat pemberian Allah
Itu sifat seorang hamba...

Jika kita kufur dengan nikmatnya
Dianggap tiada mengenang jasa
Menderhakai budi yang Allah beri
Azab Allah yang layak baginya...





sebut pasal bersyukur, aku teringat gak 1 firman Allah 
dalam surah Ibrahim-ayat 7,
maksudnya:
"...sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkarinya (nikmat-Ku),
maka azab Aku pasti berat.."


Conclusion:
INGAT! walau apa pun yang terjadi,
senang ataupun susah,
jadilah kita hamba-Nya yang bersyukur,
sentiasa bersikap menerima seadanya 
bahkan selalulah berterima kasih pada-Nya
kerana setiap yang berlaku...PASTI ADA HIKMAH!
jika kita boleh begitu, tentu jiwa kita tenang dan tenteram=)

INGAT! Allah menilai USAHA bukannya HASIL
biarpun HASIL itulah yang menilai kehidupan
tetapi itu cumalah DUNIAWI semata
tiada apa yang kita perlu kesalkan dengan KERUGIAN didunia
kerana Allah telah menggantikannya dengan KEUNTUNGAN diakhirat
bukankah itu janji-Nya?

"BERSYUKUR yang sedikit, pasti Allah kurniakan yang BANYAK!"

sekian=) wassalam...
aliff1000




Tuesday, 3 May 2011

Perasaan Aku Pagi Ini...

Apa perasaan aku pagi ni?
1001...
perasaan first bila aku bangun pagi

GEMBIRA!
sebab hari ni aku bangun awal..aku mntak bestpren aku kejutkan..
dapatla aku solat subuh awal=)
n x kena bebel ngan parents aku..=)
then aku bkak facebook jap...
perasaan aku dah bertukar jadi
 TERKEJUT!!!
ada yang cakap result keluar kol 5 petang ni...!
Masyallah~aku baru tau hari ni..

TAKUT!
camne result aku tu yerk..?
RISAUla...!
xsanggup aku nak tengok..
sebab aku bakal
GEMBIRA SANGAT...!
sebab dapat band 6 
dan dapat masuk kuliah sem depan
or...
aku akan
SEDEH SANGAT!
sebab aku dapat kurang dari band 6..=(
seterusnya kene stay CELPAD repeat level 6 tok kali ke3!
or mungkin juga aku kena wat backup plan lain?
erm..moga2 dijauhkan..
kalau aku kena menangis sangat
mungkin aku akan
MERAJUK! dengan CELPAD or IIUM..
huhuhu..pela aku ni
aku yang memang kureng berusaha nape nak salahkan orang plak kan..
hurm..
tapi apa2 pon result yang kuar aku..

BERSYUKUR pada-Mu ya Allah..
aku tahu itulah yang kau tuliskan terbaik buat aku...=)
La Tahzan innallah ma`ana..
kan3?
dan aku akan 

TERUSKAN USAHA!!!
tok kebahagian dunia dan akhirat..insyallah..^_^

INGAT!!
"Tiap2 hari perlu perbaharui azam...jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan esok
TERBAIK daripada hari ni..."

aliff1000


Panasnya...!

Subhanallah!
pasti semua orang perasan cuaca kat luar tu semakin PANAS!
(ni baru panas dunia...lom panas neraka kan...=_=)
dan mungkin juga ada tempat yang sebaliknya
HUJAN...
xboleh dinafikan..semua perubahan cuaca yang agak bahaya ni
disumbang oleh manusia gak
gunung2 banyak dah gondol
sungai laut banyak dah tercemar
belum lagi udara yang kita sedut hari2..
macam2 bahan kimia!
n itu belum lagi segala kombinasi maksiat...dah xmustahil kita jumpa da..
(peringatan tok aku gak*~*)
makin bahangla bumi..
betul la tu..KIAMAT DAH DEKAT~=_=
huh.dunia oh dunia...

sebut pasal panas..sangat bahagia klu dapat minum air sejuk kan..
xspecially ABC!
waa..aku pon xtau pe mimpi
teringin gile nak minum ABC hari tu..
then aku teringat kat stor de simpan pengisar ABC(yg saiz mini je)
kebetulan kat dapur tu ada cream jagung, sirap n gula melaka
yg kurang cuma susu cair la kot..kirim siapa2 g kedai
prepare ais yg bleh muat pengisar tu 
pastu aku n adik2 aku pon gotong royong kat dapur wat benda tu
agak menjadi la kan~
huh.subhanallah. sedapppnyer!!!
cuma tempat nak kisarnya tu dah lose sket (kena tekan sket)
so tertonggeng2 naik atas kerusi..kisar ais tu..
huhuhu

 haa..nilah rupa ABC yang aku wat tu..
selekeh je kan? (haha..sila geleng ok!)
walaupon xla setinggi cam mamak selalu wat
or x semeriah ABC yg selalu dijual kat gerai2 tepi jalan
tapi okela kan...korang ada??=p
hahaha
ada 1 hari tu camp0r ngn cendol
fuhh....!

pengisar ABC mini yang dah berusia..
cute je kan..
hehehe

bermusim jugakla kitorang makan ABC ni
sampai adik aku yang kat asrama balik pon
still wat lagi tok dia
tapi la ni xtaula...bahan2 cam dah habis je..
huhu


aliff1000

Monday, 2 May 2011

Kisah Kucing Aku

Erm..mood aku hari ni sedey (T_T)
2 lagi kucing kesayangan aku kena buang ngn mak aku...
apa x barannya mak aku,diorg (eh xpe ke gne 'diorg'?lantaklaa..) wat kes lagi
2 hari lepas kitorang p melaka
malam tadi balik, de tahi selonggok kat tepi mesin basuh!
habis 1 rumah bau masam~
em..ak mmg dah agak reaksi mak aku
dia mmg da byk tahan sabar sbb b4 ni pon diorg wat cmtu gak 
tp jarangla kan..
aku ingat selonggok je..aku p0n bersihkan..
xnak mak aku panjang2 bebel
then ble mak aku masuk toilet je
dia merungut dalam tu ada selonggok lagi
aaiiyoO..mmg habislaa...!*~*
kononnya...
dalam family akula paling GILA kucing
yang lain sume suka tapi xreti nak melayan sgt
termasukla mak aku,dia suka...but ada syaratla...
kucing tu mestila pandai urus najis2 dia tu kat tempat yg sepatutnya
huh..bese la tu..sape yang suka dgn najis
lebih2 lagi kaum mak, dia yg kena uruskan rumah
if de najis bsepah kat umah, dia juga yang penat
 memang kesian kat mak aku tu...

setakat ni kucing2 ni aku xdenye beli
sama ada kucing datang or kutip tepi jalan..
dah lama gak aku rasa umah kitorang xde kucing
last pon time umur aku darjah bape ntah..
sejak aku pindah kat kampung yg sekarang aku duduk ni (dah tingkatan)
baru de kisah kucing

mula2 generasi kucing hitam ni..
tapi aku xberapa ingat sangat berapa anak dia
nama p0n memang xletak
sebab time2 ni aku dok asrama
balik pon sekejap2 je,
yang pasti...kucing2 ni pon endingnya kena buang jugak kot



 yang putih ni plak...aku xpasti jugak dia drpd generasi yg mana
siapa mak dia, apa kesudahan kisah dia
yang aku tahu adik beradik diorang kurang2 sihat
jadi riwayat hidup diorang memang xlama..




Then generasi terbaru..mak & ayah epan
yang beri impak terbesar dlm hidup aku
sebab time diorang datang merempat kat umah aku
aku de kat umah..tengah tunggu result STAM
aku yg jaga diorang of coursela aku sayang sangat kat diorang ni...

 ini ayah epan

ini mak epan

mak epan datang dulu b4 bapak epan datang
diorang 2 ekor ni asyik gado je
pantang bjumpa...mesti bising
makan pon kena asingkan
tapi tup2 si mak epan ni bunting
haha..pe cer!
lahirkan anak2 yg cute...4 ekor kesemuanya!
kaler diorang: hitam (epen),putih (epan), hitam putih 2 ekor..
so aku wat conclusion sndrik yg si hitam tu mesti bapak diorang..hehe
tapi sekor tu yg hitam putih umor dia xpanjang,...sakit.
yg sekor lagi (yg tengah dalam gambar kat bawah) pon sama...
cuma cara dia 'pergi' sedey sketla..
adik aku drive kete xsengaja tlenyek dia masa nak undur..
seb bek aku xnmpak, time tu aku tido
tiba2 adik aku sorang lagi kejut aku beritahu
terus bjurai air mata aku...T_T
innalilahi wainnailaihi roji'uun...

tinggalla epan (ekor panjang) n epen (ekor pendek)
n maknya...

 nilah epan..ekor dia tebal n panjang
bila jalan...katek je nampak.cam arnab
cute giler....!!
dia ni jantan..tu pon baru2 je tau dia ni jantan...ingat betina..

xlama pastu mak dia bunting lagi
dapat anak 4 ekor lagi
cuma warnanya...xde putih langsung!
huh.kuat betul baka si bapak ni.
tapi aku xpastila siapa bapaknya..ada je kucing yg nak kat mak epan ni
maybe klu dia ni manusia, memang ramai peminat la kot
cunn...!!haha bulu mix parsi la katekan..
colour diorang: hitam pekat belang hitam cair, hitam+kuning tp domain kuning,n 2 ekor lagi
hitam+kuning..huh yg ni xdpt nak beza
lebih kurang je..cam kembar



pastu bulan 2 or 3 hari tu
time aku kat kampus, tepon ayah
ayah bagitau epen da lari dari rumah
maybe da kena pinang orang
erm..sedey jugakla.sbb antara epan dan epen
epen paling rapat ngan aku, tido 1 selimut pon pena
hehe..sronok sgt.cam sporting r..
kalau epan..dia selalu lari bila aku nak dokong dia...

so sekarang ni, aku ngah cuti sem 5 bulan,
aku ingat bleh kurangkan beban mak aku or sesapa yg tolong jagakan masa aku xde
tp makin kena buang adela..=(
aku betul2 sedey
mula2 tu mak epan kena buang..alasannya dia bunting lagi...
erm..aku dah xtau cmne nak pertahankan dia
untuk sara makan pon...guna wet mak ayah aku..
aku jaga pon xbetul
ayah aku memang xsetuju mak aku buang
tapi...entahla...mak aku kalau da nekad...dia buat je!
sampai saat sekarang..aku risau kalau dia xde tempat yg selamat or selesa tok beranak
aku cuma mampu bdoa..moga Allah lindungi dia.
begitu juga dengan si kuning n hitam kuning yg baru dibuang tadi
aku harap sangat dia balik semula
tapi harapan tu agak tipis la kan...
aku tanya mak aku dia buang kat mana pon..dia xnak bagitau
hurm..xpela.maybe de hikmahnya
cuma bila tengok gamba2 gelagat2 diorang
mesti aku sebak..









yang tinggal sekarang cuma epan, belang hitam n kuning+hitam sekor
daripada 7 ekor awal thn ritu
da tinggal 3 je..
tu pon xtentu lagi nasib diorang bertiga pasni...
T_T

ni epan n hitam tengah tido..diorang ni memang kamceng
selalu peluk2 tido same2
dua2 ni jantan
abang n adik yg sweet kn..??^_^


aliff1001