Salam...
hari ni nak kongsi satu cerita
xpasti apa tajuknya...tapi cerita ni memang famous
siapa yang da tahu jadikanlah peringatan
siapa yang belum tahu jadikanlah ilmu baru ni teladan
kisah ni mungkin ada pelbagai versi...
dan yang ni versi ringkas yang saya dengar dari seorang ustaz
berasal dari Lampung, Indonesia.
kisah ni mungkin ada pelbagai versi...
dan yang ni versi ringkas yang saya dengar dari seorang ustaz
berasal dari Lampung, Indonesia.
jom baca cerita ni!
Pada suatu masa dahulu,
ada seorang ayah bersama anak lelaki dan keldainya dalam perjalanan ke suatu tempat
si anak duduk di atas keldai, manakala si ayah berjalan memimpin keldai itu
si ayah berkata pada anaknya: "Nak, kamu dengarkan ya apa orang akan kata nanti..."
ternyata beberapa minit berjalan,
mereka terdengar seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
mereka terdengar seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
"Apalah si anak tu, ayahnya dibiarkan berjalan, sedangkan dia duduk bersenang lenang di atas keldai...kurang ajar!"
si ayah pun bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"kurang ajar, ayah." kata si anak.
"Baiklah, kalau begitu cuba begini pula."
kali ini si ayah yang duduk di atas keldai itu, anaknya pula yang jalan memimpin keldai.
si ayah sekali lagi berkata pada anaknya:
"Nak, kamu dengarkan ya apa orang akan kata nanti..."
"Nak, kamu dengarkan ya apa orang akan kata nanti..."
beberapa minit berjalan,
mereka terdengar lagi seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
mereka terdengar lagi seorang lelaki berbisik pada lelaki di sebelahnya
"sungguh tak patut ayahnya itu, dibiarkan anaknya berjalan, dia pula duduk di atas keldai...kejam!"
si ayah pun bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"kejam, ayah." kata si anak.
"Baiklah, kalau begitu cuba begini pula."
si ayah menyuruh anaknya turut naik ke atas keldai itu dan mereka menyambung perjalanan
baru beberapa langkah, mereka terdengar lagi ada orang kampung berkata:
"Apalah mereka berdua tu, keldai yang kecil dinaiki berdua......zalim!"
seperti biasa si ayah bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"zalim, ayah." kata si anak.
"Baiklah, kalau begitu cuba kita berdua sama-sama turun memimpin keldai ini.
Tengok apa kata mereka."
Setelah berjalan sebentar, beberapa orang berbisik sesama mereka.
"Kenapalah mereka tu, ada keldai tapi tidak dinaiki...bodoh!"
si ayah bertanya pada anaknya: "apa yang dia kata nak?"
"bodoh, ayah." kata si anak.
kata si ayah: "baiklah, kali ini kita berdua pikul keldai ni,
kita dengarkan lagi apa kata mereka."
belum beberapa langkah, kedengaran ada orang yang berkata:
" Ha? buang tabiat agaknya mereka berdua tu, keldai untuk dinaiki,
ini malah dipikul...gila!"
ini malah dipikul...gila!"
>.<
memang xfaham betul kat orang-orang yang mengata tu
semua serba x kena
buat apa pun tetap dikutuk
kurang ajar-kejam-zalim-bodoh...last2 gila pon kena!
Conclusionnya:
Tu la mulut orang...xpernah berhenti untuk berkata-kata
ataupun mengata.
Kita kalau hidup dimuka bumi ni, bila nak buat sesuatu
tak perlulah terlalu memikirkan
apa yang orang akan kata...
daripada begitu, lebih baik
kita fikirkan apa yang Allah akan kata
hidup pasti diberkati...
ya, tak semua kata-kata orang kita kena tolak ke tepi
mungkin ada kata-kata orang yang boleh kita pakai sebagai
nasihat, pembakar semangat, teladan...
tetapi tetap kita perlu berhati-hati sentiasa,
ada juga kata-kata yang bertindak sebaliknya...
silap-silap boleh memakan diri kita sendiri
ingat! yang memberi kehidupan tu Allah
bukanlah orang2 disekeliling kita
biarlah kita menjadi orang yang ganjil
dengan tidak mengikut kata orang
kerana...
"Islam itu bermula dengan terasing dan akan berakhir dengan terasing,
maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu..."
wallahua'lam
aliff1000
No comments:
Post a Comment